09 November 2010

Bermain Dengan Kata

Bismillahirrahmanirrahim..

Tidak tahu tajuk apa yang harus aku namakan untuk hari ini. Lantas aku pilih 'Bermain Dengan Kata' sebagai tajuk entry.

Sayup-sayup kedengaran bacaan Imam dari Masjid Sultan Haji Ahmad Shah mengimami solat Isya' pada hari ini. 

Bacaannya yang sayu menusuk hatiku yang mendengarnya dari jauh. 

Hari ini, aku ingin bermain dengan kata. Kerana apa, dari kata-kata yang dicoretkan inilah yang menghubungkan aku dengan kalian.

Jujurnya, aku bukanlah seorang yang pandai mengarang apatah lagi menukilkan madah bicara yang indah. 

Apa yang aku coretkan di sini, semuanya terus dari hati kecil aku. Mungkin ada yang mengenaliku sebagai seorang yang sukar untuk bercerita. Mungkin juga yang mengenaliku sebagai seorang yang perahsia. Mungkin juga mengenaliku sebagai seorang yang periang dan ceria.

Ya. Itulah aku. Dalam satu-satu masa aku boleh menjadi seorang yang sukar bercerita, seorang yang perahsia dan juga seorang yang periang dan ceria. 

Kata temanku, hidup ini ibarat roda yang berpusing. Kadang kita di atas. Kadang kita di bawah. Tatkala berada di atas, harusnya bumi yang dipijak itu diperhati sejenak. Tatkala berada di bawah, pastinya langit yang di atas akan didongak. 

Esok hari aku bakal kembali berperang di medan perjuangan. Sebatang pen jadi senjata perjuangan. Tidak dilupa dengan segenggam azam dan secedok ilmu yang telah aku timba sepanjang semester ini berlalu. Juga sebakul doa yang dititipkan oleh mereka yang mendoakan kejayaanku.

Hanya itu sahaja kata-kata yang aku titipkan buat kalian untuk hari ini. Moga kalian sentiasa dalam kesihatan yang baik.

Ingin ku petik sebuah lagu yang bertajuk Semangat Yang Hilang by XPDC. Hayatilah liriknya. 



Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan


Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya


Kita laksanakan
Mata hati yang damai
Di sana kejujuran


Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan sendiri
Hati yang membara mengikutkan kata-kata
Jawapannya di sini
Semangat kita yang hilang
Oh kita cari pulang


Malu bertanya kawan
Sesat cari jalan pulang
Biar ia berkesan
Di lubuk hati terbenam

Nur: Moga semangat yang hilang itu kembali dengan gemilang. Berusaha! ^__^ 

No comments: