15 November 2010

Alhamdulillah. Pengakhiran Di Sini.


Bismillahirrahmanirrahaim..

Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman..

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian di bumi bertuah ini. Taman Ilmu dan Budi akan tersemat di dalam hati. Menjadi memori tempat jatuh bangun dalam menggenggam segulung ijazah. Oh! Bakal merindui bumi bertuah ini.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para pensyarahku yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu dan bakti demi melahirkan pemangkin masa hadapan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan juga dari segi sahsiah dan peribadi. 

Buat teman-teman yang tidak putus-putus menjadi pendorong semangat dan sentiasa berada di sisi apabila diri memerlukan. Terima kasih atas jalinan persahabatan ini. Atas aturannya kita bertemu, dan atas aturannya juga kita berpisah. Namun kenangan bersama kalian tersemat di hati hingga ke hujung hayat.

Khusus buat mama, abah, adik-beradikku dan ahli keluargaku seluruhnya, yang sentiasa menyokong apa jua keputusan yang aku ambil. Tak putus-putus mendoakan kejayaan anakmu ini. Terima kasih mama dan abah. 

Tidak lupa juga buat segala 'kisah kasih' yang menjadi warna-warni kehidupanku di Taman Ilmu dan Budi. 

Di sinilah aku belajar erti kehidupan yang sebenar dalam semua segi.

Akhir kalam, semoga kita sentiasa bersyukur dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. Kejayaan adalah satu perjalanan dalam kehidupan ini menuju destinasi hidup yang abadi.

Salam sayang,

Nur Qistina
1.04 PM
Kamar sepi nan indah
(Selamat tinggal)


3 comments:

CIK TOM said...

tahniah dah abis degree!!pasni jom cr keje sama2 nak?hehhe

xtgl jejak di smix..just tgl jejak di sini je sbb tnet slow :)

Anonymous said...

ehh?dah abis??

Anonymous said...

congrate! tumpang gembira ;D