Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Wah! Akhirnya berjaya juga mengupdate entry baru. Rasa macam dah lama tinggalkan blog ini. Walhal baru sehari. Sehari bagai setahun lamanya. Aigoo. Bermadah pujangga pulak.
Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Hah! Bagi yang ada darah tinggi tu, janganlah makan daging banyak sangat tau! Makan daging memang nikmat, tapi bila darah naik nanti,err..err..nikmat jugak ke?
InsyaAllah, jika aku dapat belas ehsan wi-fi di kawasan sekitar, blog ini akan berupdate. Rumahku tiada jaringan internet. Huhu. Bila tiada ihsan wi-fi, terbiar sepilah blog ini tanpa tuannya. Tapi, harapnya janganlah terbiar sepi tanpa pengunjungnya.Ngee.
Oh Ya! Lupa aku nak bagitahu. Kawan-kawan yang gemarkan akan Giveaway dan seumpamanya, bolehlah join GA daku yang pertama di GIVEAWAY BICARA KASIH. Moga anda bertuah! ^__^
Sekarang ni aku sedang bercuti-cuti Malaysia dan bermalas-malasan di rumah tercinta. Hehe. Sambil jadi 'bibik' sepenuh masa. Oh. Oh. Tak lupa juga sedang memantapkan skill masakan yang sebelum ni hanya tahu masak air, goreng telur dan juga masak Maggie.[Ini sedikit benar] =p
Lain-lain update, tunggu result exam akhir semester yang akan keluar awal bulan Disember. Berdebar-debar jantungku! Doakan aku ya kawan-kawan. Di samping itu juga, sedang mencari-cari kerja. Haruslah kena cari sumber pendapatan sendiri kan?. Takkan selamanya nak mengharapkan Pa & Ma.
[Ada kerja kosong untuk aku? Hehe. ]
Selai itu, memenuhi undangan perkahwinan di kalangan jiran tetangga, rakan-taulan dan juga sahabat-handai. Majlis aku? Haha. Jangan ditanya. Sampai seru nanti aku undang kalian ya.Aigoo...
Oh. Oh. Sungguh tidak tersusun update kali ini. Tidak mengapalah kan? Sampai di sini sahaja. Hingga bertemu lagi dalam entry yang akan datang.
Nur: Sebuah perjalanan menuju destinasi yang abadi kini semakin mencabar. Moga terus teguh dalam prinsip sebuah kehidupan itu. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin~
2 comments:
indah kan berada di rumah?
semoga gembira disamping keluarga :)
@ maCy: a'ah..betul tu..moga maCy juga begitu..=)
Post a Comment