21 November 2010

Kahwin Sana Sini

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca..

Wah! Sibuknya orang musim cuti sekolah ni. Bila cuti sekolah bermula, maka ramailah orang akan mendirikan rumahtangga. Tak gitu. Asal cuti kahwin. Asal kahwin je cuti. 

Kalau tengok kad jemputan kat rumah tu, banyak bebenor. Dalam satu hari sampai 3 hingga 4 jemputan. Jenuh makan kenduri ni. Hehe. 

Semalam ada sorang member satu sekolah kahwin. Tapi, tak dapat pie. Maklumlah aku ni penumpang je. Kalau drebar tak dak tak pergi la jawabnya. Sebelum-sebelum ni aku dok ajak adik bawah aku jadi drebar pie kenduri kawen kawan-kawan aku. Bila dia tak dak, tak dapat la aku nak pie.

Next time aku kena jadi drebar untuk diri sendiri la pulak. Senang sikit. Betul tak? Arggh. Lesen dah 'besar', tapi stereng keta tak pernah pegang dah. Tensen. Tensen. Nanti bila nak mula pegang stereng dan memandu semula mesti susah kan? Tu la, lenkali pas dapat lesen bawak keta terus. Jangan dok wat pekasam lesen tu. Huk. Huk.

Minggu depan ada 2 majlis. Sorang akak kat tempat praktikal yang juga akak senior sekolah. Satu lagi jemputan, abang kepada kawan satu universiti. Moga-moga dapat penuhi undangan ini. Jom kita pie kenduri! ^__^

Nur: Ada sape-sape lagi nak jemput aku pie kenduri kawen?

6 comments:

Anonymous said...

samalah kak ada lesen tak bawak. p pn da nak abis ni~ huhu

CIK TOM said...

samalah..cik tom pun lesen besar tp xberapa berani sgt bwk kete..hehe

kad undangan kahwin dr kawan2 asyik smpi kat umah je..mak tnye bila turn cik tom plk.hehe ;)

Nur Qistina said...

xpe..xpe..pelan2..lama2 nanti bawak jugak akhirnya..dah ada lesen ni senang kata my abah..huhu...

Nur Qistina said...

@ cik tom: huhu...tabah ya..sampai seru kita pulak anta kad jemputan kan? hehe..=)

amin~

PuanPepel said...

drve aloq staq-teluk intan-aloq staq..

dkt 10 jam pegi balik
siyes penat..
tp sonok dpt tgk mmbe hepi kte g knuri dorang..

Nur Qistina said...

@ mier: wow! mantap..betul tu..yang penting kita raikan mereka yang menjadi raja sehari ni..=)