12 November 2010

Kenangan: Membantu Mangsa Banjir

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Hari ini aku bersyukur kerana terus diberi ruang dan peluang menjalankan tanggungjawab selaku seorang khalifah di muka bumi ini. Merangkumi tugas selaku seorang anak, kakak, adik, sahabat dan juga pelajar. Ya Allah, terima kasih atas nikmat usia yang diberi ini. Sedikit terkilan bertapak di hati kerana tidak dapat bersama-sama dengan teman seprerjuangan untuk menabur bakti pada mangsa-mangsa banjir di Kedah. 
.
Tidak mengapalah. Mungkin peluang ini bukan milik aku. Berilah peluang pada adik-adik yang baru mengenal erti kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Aku percaya pasti banyak pengalaman dan kenangan akan ditimba oleh adik-adik yang berbakti pada mangsa-mangsa banjir di Kedah.Takziah aku ucapkan pada mereka yang terlibat dalam bencana banjir di Kedah baru-baru ini. 

Mengimbau kisah tentang banjir ketika berusia 10 tahun ke 12 tahun (aku kurang pasti usia ketika itu), yang mana kawasan taman perumahanku dilanda banjir berpunca dari hujan yang turun tidak berhenti-henti sedari pagi. 

Apa yang aku ingat, permainan Saidina yang mama dan abah hadiahkan rosak kena air banjir. Permainan Saidina itu merupakan hadiah atas kejayaan aku dalam peperiksaan. Sekarang semuanya tinggal kenangan. Saidina oh Sadina.

Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga tidak. Saidina ni ala-ala permainan Jutaria. Permainan yang mencabar kewibawaan anda sebagai seorang hartanah. Eceh! Hiperbola sungguh perumpamaan aku.

Mengimbau kembali kenangan menyertai pasukan Relief Team Taman Ilmu dan Budi bersama-sama rakan seangkatan yang lain. Seawal jam 4.00 pagi kami harus berkumpul. Awalnya merancang untuk bertolak seawal jam 4.00 pagi. Namun,  disebabkan  pemandu bas menanti pemandu bas yang tersesat perjalanan ditangguh ke jam 5.30 pagi. 

Disebabkan semangat yang berkobar-kobar untuk meyertai pasukan Relief Team ini, malam sebelum bertolak, aku sukar untuk melelapkan mata. Temanku, Fara turut serta dalam misi ini bermalam di kamar sepi nan indahku. Sekitar 1.00 pagi barulah aku berjaya melelapkan mata.

Memulakan perjalanan pada 5.30 pagi, akhirnya pemandu bas berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Genting Sempah untuk menunaikan solat Subuh. Usai menunaikan kewajipan seorang hamba, perjalanan diteruskan. Destinasi yang ingin dituju adalah ke Maran, Pahang.

Selebihnya, biarkan gambar bercerita.






Sukarelawan mangsa banjir







6 comments:

Anonymous said...

diaorang main pilih2 ke najat?? bukan boleh sape2 je volunteer eh??

My Little Diary said...

salam
wahhh bersemangat semuanya ye...
i folo u, folo me back k! hehe


entry terbaru "jangan kau ucap selamat tinggal"

Cik Anita said...

rajinyee...

Nur Qistina said...

@ ada: tak pilih2 la ada. sape2 yang nak join boleh join. even alumni pun boleh join. 1st team gerak malam tadi kol 12.30am. 2nd team xsure gerak bila. tapi xley nak join. huhu. ada exam 15hb ni.

@ My Little Diary: yeah! Berbakti untuk masyarakat. alrite. will do so. ^__^

@ Anitadahahs: hehe..^^, mahasiswa baru nak kenal erti hidup. sambil berbakti timba pengalaman juga. 2 in 1.

Anonymous said...

kasihan mereka. xapa ada yg xjemu membantu ;)

Anonymous said...

best3, tapi gamba je byk. citenye mane? hehe