Bismillahirrahmanirrahim...
Memetik sebaris ayat 'Bahagia itu dengan memberi dan bukannya dengan sekadar menerima'. Sejak dua menjak dan sememangnya menjadi musim kawan-kawan berkongsi kebahagiaan masing-masing bersama-sama orang sekeliling.
Jemputan walimah di sana-sini. Berita yang melahirkan bayi yang comel kedengaran. Tak dilupa juga pada yang baru sahaja mendirikan 'masjid' masing-masing dalam proses membawa kandungan. Oh! Saya sangat cemburu. Tidak berselindung lagi.
Moga Allah pindahkan dan kongsikan kebahagiaan mereka pada saya. Terkadang terdetik dalam hati tidak mahu sign in FB buat beberapa ketika. Namun, rasa satu kerugian pula bila mana kebahagiaan yang dikongsikan oleh rakan-rakan tidak diketahui sendiri.
Berbahagialah di kalangan kamu bila mana orang di sekelilingmu masih ambil peduli akan setiap perbuatanmu dan tidak putus-putus memberikan nasihat yang penuh hikmah. Best kan bila ada orang ambil kisah dan peduli pada kita.
Tidak mahulah jadi macam 'Aiman tak kisah' sebab saya memang kisah!
Err...sekadar secebis rasa dan nukilan ringkas daripada saya. Indahnya bahagia. Indahnya disayangi dan menyayangi.
Sepotong ayat Qur'an bagi melembutkan hati-hati kita.
'Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambaNya; Dia memberi rezeki kepada
siapa yang Dia kehendaki, Dia Maha Kuat, Lagi Maha Perkasa' [As-Syura:
19]
Setitis demi setitis air yang menitis di atas seketul batu mampu membentuk satu lekukan pada batu tersebut. Hati manusia ibaratnya begitu. Jika kena caranya, hati yang keras mampu menjadi lembut dek ketulusan kata yang menasihatinya.
Berbahagialah kamu jika masih punyai orang sekeliling yang mengambil peduli akan setiap perbuatanmu itu.
'Teguri aku dalam jagaku, bimbang lena panjang menemaniku buat selamanya'

Nur: Bahagia itu perlu dicari. Bahagia itu perlu dikongsi. Datangnya bukan sendirian.
Err...rasanya dah berkali-kali aku bicarakan tentang bahagia ini...Ada peluang la kan pasni aku pulak? =p Amin~
No comments:
Post a Comment