Bismillahirrahmanirrahim..
Akhirnya aku punya waktu untuk menghadap diari maya ini dengan bersemangat waja. Bukannya apa setiap kali mula menaip je mood terus merudum jatuh. Hilang semangat berkobar-kobar untuk meng'update' 'entry' baru. Dulu, masa belajar bukan main lagi aku 'update' gaya CNN kononnya.
Tiga minggu berturut. Ya sedari minggu ketiga di bulan Februari, aku mendapat tugasan a.k.a kerja sambilan. Ditugaskan menjalankan kaji selidik dan pandangan pengguna dan penduduk tempatan mengenai pembinaan lebuhraya.
Kalau sempat baca 'entry' aku yang sebelum ini, ada menceritakan tentang mencari suspek atau responden pada soalan kaji selidik yang diberi. Mulanya, tugasan ini sedikit sukar. Manakan tidak dengan pengalaman yang sifar dan bertemu pula dengan responden yang pelbagai ragam, sedikit sebanyak membuatkan 'soft skill' yang pernah ditimba sewaktu pelajaran dan pengajaran di luar dewan kuliah hasil menyertai pelbagai program sangat-sangat membantu.
Kemahiran berkomunikasi terutamanya. Anda bijak mengatur bicara, anda bijak mengawal perbualan, anda berjaya menjalankan tugasan dengan sempurna.
18 Februari 2012
Tempat - Sungai Rasa, Klang.
Tidak semena-mena hujan turun. Pada awalnya renyai-renyai semakin lama semakin lebat. Jam telah menunjukkan pukul 10.45 pagi. Tidak boleh jadi ni. Target responden di kawasan itu sebanyak 4-5 orang. Perjalanan dimulakan dengan bacaan bismillah. Perlahan-lahan aku mendekati responden yang pertama. Awalnya menolak. Lama-kelamaan, berjaya dipujuk. Selesai satu. Alhamdulillah.
Apabila dilihat hujan semakin reda, langkah dimulakan mencari 'port' yang lebih sesuai. Jenuh jugak memusing. Akhirnya, kedai makan menjadi sasaran. Berjaya mendapat 2 orang sekaligus. Awalnya perbincangan hanya suam-suam kuku, menjadi semakin rancak dengan pertambahan seorang lagi responden.
1.30 petang, seperti dijanjikan, kami dijemput dan ditugaskan ke tempat baru.
Tempat - Kapar, Klang
Usai menunaikan solat Zohor di sebuah masjid di pekan Kapar, pencarian terus disambung.
Kali ini aku berhadapan sedikit kesukaran. Habis dari sebuah kedai ke kedai berikutnya dijelajahi. Namun, tidak seorang pun yang sudi memberikan kerjasama. Alasan ' Tidak senang maaa'. Dengan cuaca yang semakin terik, jam telah menunjukkan ke angka 3.00 petang, aku harus bergerak pantas. Tempoh yang diberikan semakin suntuk.
Langkah demi langkah, menemukan aku dengan sebuah kedai makan lagi. Ya! Responden seterusnya. 3 orang sekaligus. Salah seorang merupakan tuan kedai tersebut. Sebelum ini, aku pernah sesekali menjejakkan kaki di pekan Kapar. Namun, tidak sekalipun aku menemukan kedai tersebut.
Hampir 4.00 petang, aku kembali ke masjid. Di hadapan masjid, seorang lagi responden berjaya diperoleh. Jumlah kesemua untuk hari yang pertama, 7 orang responden.
Dalam perjalanan pulang, masing-masing berkongsi pandangan daripada responden yang mereka temui. Pelbagai ragam dan karenah manusia yang dihadapi. Apapun, ini antara pengalaman-pengalaman yang tidak sesekali dapat ditemukan di dalam dewan kuliah jika masih bergelar pelajar. Peluang yang ada seperti ini, diambil sebaik mungkin.
19 Februari 2012
Kali ini, tempat yang dituju menghampiri penghujung negeri Selangor sebelum bertemu negeri Perak. Tempat berkumpul di Kuala Selangor. Awalnya, salah seorang dari supervisor mencadangkan bertemu di sebuah kedai makan. Namun, kedai tersebut tutup. Lantas kami pergi ke sebuah kedai yang selalu aku singgah tatkala adikku masih bersekolah di SMKA Kuala Selangor. Berhadapan dengan Bukit Melawati. Tempat monyet-monyet yang naik haji. Aku pun awalnya musykil kenapa dikatakan monyet naik haji. Rupanya, bulu di kepala monyet tersebut berwarna putih.
Usai bersarapan, pembahagian kawasan dimulakan. Kumpulan aku ditugaskan di Sungai Besar & Sabak Bernam. Kawasan yang paling jauh. Memandangkan aku dahulu pernah bersekolah di Sabak Bernam, sedikit teruja berkunjung kembali ke tempat bermain tatkala masih berpakaian sekolah.
Banyak yang telah berubah. Dari mulanya hutan pokok bertukar menjadi hutan batu. Dari mulanya harga tambang bas Sabak Bernam-Klang RM6.20 menjadi RM11++. Manakan tidak, hampir 10 tahun aku meninggalkan daerah Sabak Bernam yang penuh kenangan itu.
Setibanya aku di kawasan stesen bas Sabak Bernam, perlahan-lahan aku memulakan langkah. Singgah di sebuah kedai runcit, 2 orang yang berjaya aku temui. Panjang ceritanya. Dari mula A hingga Z diceritakan. Dari ceritanya, anak-anaknya hinggalah ke cucunya dibicarakan. Hinggakan aku awalnya mengejar masa terleka sebentar mendengar perkongsian daripadanya.
Alamak! Tidak boleh jadi ni. Masa makin suntuk. Aku perlukan 3 orang lagi. Perlahan-lahan aku meminta diri dari pakcik tersebut. Malahan, sempat aku titipkan pesanan agar mendoakan kesejahteraan negara Malaysia.
Berjalan ke sana dan ke mari, akhirnya hampir jam 1.00 tengahari aku berjaya mendapatkan 5 orang responden yang diperlukan. Selamat tinggal daerah Sabak Bernam. InsyaAllah, akan aku kunjungi suatu hari nanti bagi menyingkap tabir kenangan semalam.
Selesai tugasan, kami berkumpul semula di Masjid Daerah Kuala Selangor. Usai menunaikan solat Jama' Taqdim, menanti dipanggil semula oleh supervisor (ada sekumpulan lagi yang masih belum selesai tugasan), kami sempat melelapkan mata melepaskan lelah.
Alhamdulillah, selesai menyerahkan kertas kaji selidik, imbuhan diterima. Yay! Boleh shopping. ^^,
Malam hari nya aku sekeluarga siggah di Giant Seksyen 13. 3 buah buku sekaligus aku sambar buat tambahan bahan bacaan. Next 'entry' aku 'upload' gambar 3 buah buku tersebut ya. Separuh imbuhan yang diterima telah digunakan. Oh!
Nur: Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment