05 March 2010

Carilah Ketenangan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Kebelakangan ini, kesibukan sebagai pelajar universiti semakin bertambah-tambah. Assignment masing-masing memerlukan perhatian tanpa putus-putus. Terkadang aku terasa lelah dan letih seketika. Jika hidup manusia ini diberikan hatta 36 jam sehari pun belum tentu ianya mencukupi. Kerana masa itu emas. Masa yang lalu meninggalkan kita takkan kembali. Kisah silam biarkan ianya luput dalam ingatan. Hanya yang indah dan manis sahaja yang dikenangkan. Jika diingatkan segala kisah yang lalu yang boleh menimbus semua kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal dikecapi di masa ini dan hadapan, mengapa tidak dilupakan sahaja? 
Hari ini, genap 5 Mac 2010. Semakin pantas masa berlalu. Alhamdulillah, beberapa 'perkara' yang memberatkan fikiran telah temui jalan penyelesaiannya. Secara rasminya, aku akan bergelar t'rainee' di salah sebuah 'tempat'  12 April 2010. InsyaAllah. Di mana? Akan kuberitakan bila sampai waktunya. Tanpa aku sedar juga, minggu ke-12 bakal melabuhkan tirai hari ini. Minggu ke-13 dan ke-14 bakal menjengah. Pejam celik pejam celik, 'final exam' bakal menjelma. 
Sempat aku menghadiri beberapa majlis ilmu yang diadakan dari 27 Februari 2010 hingga 3 Mac 2010. 

Chicken Soup for the Soul



Kem Ibadah telah diadakan di Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Kisah suka dan duka tercatat pada tarikh 27-28 Februari 2010. Alhamdulillah, sedikit sebanyak 5 sasaran yang digariskan penganjur, aku cuba untuk terus istiqamah mengamalkannya. (Solat Jamaah, Solat Sunat Rawatib, Memorization of Al-Ma'thurat, Surah Al-Mulk & Qiamullail) Walaupun adakalanya 'tertinggal' dengan alasan lapuk seperti 'penat', 'malas' dan sebagainya, itulah dugaan yang 'berat' harus dihadapi dalam mendidik diri ke arah yang lebih baik. Moga dipermudahkan dalam setiap urusan mendidik diri ini. Amin~

Forum on Women: "BALANCE INTELLIGENCE & EMOTION"


Satu forum yang membincangkan tentang pentingnya seimbang antara akal, hati dan nafsu. Tiga orang panel yang mengupas isu ini (Mdm Zaleha-IKIM, Ustaz Pahrol- Penulis dan Bro Saiful-CSD IIUM)
**Isi perbincangan yang dikupas akan aku bawakan dalam entry khas. InsyaAllah, jika peluang dan ruang itu ada.

Forum Cinta

Oleh Ustaz Che Abdul Majid  
Awas melafaz kalimah cinta
Nanti berendam si air mata
Hancur luluh remuk sejuta
Menyangka kaca rupanya permata
Dari dua menjadi tiga
Tahan digoda sabar diduga
Ni'mat bahagia di dunia dan akhirat

"Pakaian bagi seorang wanita itu adalah sabar"

CCHS 1012

Chief Facilitator memberi tugasan pada adik-adik halaqah untuk mendatangkan isu yang hangat dibincangkan masa kini baik di dalam lingkungan universiti, negara mahupun secara global. Alhamdulillah, persembahan yang menarik oleh 5 kumpulan yang mana masing-masing punyai gelagat tersendiri dalam menyampaikan isu yang mereka pilih. 

Antara isunya adalah: Pembunuhan kanak-kanak 3 tahun yang didera, Nikah koboi, Kisah realiti KAEDIANS, Kisah dadah dan Kisah peperangan. Chief Facilitator menyimpulkan mempelajari teori tidak sama dengan pelaksanaannya, jangan hanya tahu men'judge' orang tanpa kenali mereka lebih dahulu dan jangan sesekali meniru 'culture' orang lain yang mampu merosakkan diri kita.
**Mulakan dari diri kita sendiri dengan melakukan sesuatu perkara yang kecil. Sebagai contoh: Buang sampah.


"Ya Allah, permudahkan urusan sehari-harianku." Amin~
 
Nur: Update secara ringkas. Banyak yang perlu diberi tumpuan.

No comments: