Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Semalam yang pergi takkan kembali,
Hari ini yang semakin berlalu jangan dipersiakan,
Esok yang mendatang harus positif.
Bayu bertiuplah membawa segala kedukaan ini pergi kerana perjalanan akan ku teruskan..
Surat ooh surat. Risau aku mengenangkan surat practical training tak kunjung-kunjung tiba. Itu la. Siapa suruh tak nak call tempat practical tu. Sendiri yang susah. Ke tak nak amek aku keje kat tempat tu. Adeh. Bisa gawat ni. Tiba-tiba ada kawan aku cakap 'Tenang aja kamu. Kok bisa gawat gini.' Aku pun menjawab 'Waduh. Kok bisa gini?' Kejap-kejap. Ni apa kes yang ikut sinetron kat TV3 nun? Adehla. Ngah serabut dan busy ni memang macam-macam ada.
Hah! Ni yang tak reti-reti nak buka buku lagi ni apahal? Apa ingat baca blog aku ni boleh jawab exam yang kunjung tiba minggu depan? Hehe. Rileks la bro. Aku sudah mula mengarut. Angin kus-kus dah hilang. Yay! I like this. Semalam (Jumaat) seperti yang aku beritakan dalam BERNAMA, final presentation of EOP. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Cuak tak hengat kot. Biasalah. Neves tu normal bagi insan normal seperti aku. Karang cakap senget maghah pulak. Kan faghah? Owh dia takde kat sini. Orang dok sibuk baca buku, dia sibuk nak pie kenduri kawen. Hangin satu badan aku tak dapat makan nasi minyak. Hehe. Sukati je. Bukan aku kenal pun kawan dia yang kawen tuh. Kan faghah? Tahniah Ummu! Moga bahagia hingga ke akhir hayat.
Pssst, sayang...kita bila pulak? Ngeh3. Gatai!
Sudah je aku present ala-ala eksekutif yang pro tapi takde apa-apa sijil lagi, terus aku cabut gie PWTC. Sudahnya aku 'ralat' sebab tak dapat join kawan-kawan EOP amek gambar. Sape suruh kan? T_T Takpela kan. At least dapat jugak aku 'rebut' tawaran istimewa HLOVATE bagi 1000 orang yang terawal beli buku VERSUSnya itu akan dapat hadiah istimewa darinya berupa percutian 3 hari 2 malam di Jeju Island. [Oh! Tolong jangan nak perasan okay?] Zaman bila pulak ada orang beli novel dapat hadiah berupa percutian gini. Kalau ada serius. 1000 novel pun aku sanggup beli. Jap. Tapi bila aku kira balik (1000 x RM 15 = RM 15000) buat apa aku nak beli kan? Baik aku beli tiket cabut terus gie Jeju Island. Takde la nak kena pusing tawaf hampir 3000m [ jauh tu, RIBU kot] baru nak jumpa tempat 1000 terawal tu. Takpelah 1000 punya pasal sanggup.
Aku takde la semangat sangat nak kejar 1000 terawal tuh. Tapi, memandangkan semangat Cik D yang berkobar-kobar aku pun turut mengada-ngada bersemangat sekali. Hehe. Kan Cik D? ^^, . Sampai je kat PWTC aku ingat tak la ramai sangat umat manusia kat situ. Sekali HAMEK ko. Jalan macam siput. Siput pun lagi cepat. Time kat Book Fair ni melayang la duit aku. Nasib baik aku ni berjimat orangnya. Habis semua buku RM 5 aku sambar. Dekat 5 buah kot. Jimat apa. Kalau tak harga semua buku ni dekat RM 100 kot. Walaupun buku lama kira okay la gak coz bukunya masih baru kot. Siap berplastik dan bereben lagi. Apa ingat aku nak buat perasmian pelancaran apa? Hehe.
Sibuk je korang ni nak tahu aku beli buku apa. Ye la. Aku nak gitau la ni. Cuba bawak-bawak bertenang jap. Haila. Ni list bukunya [ VERSUS- 1000 terawal tuh, Suzana, Tunjukkan Aku Satu Bintang, Seindah Rindu, Dakapan Asmara & Kerana Kau Lelakiku] Semua novel cintan-cintun kot. Adehla. Aku ingat aku dah tobat tak baca dah. Novel-novel ni pun aku tak tau zaman bila aku nak sentuh. Ada yang aku beli tahun lepas, dekat 6 buah lebih aku tak sentuh. Bosan la baca ovel cintan-cintun ni. Tukar selera jom! Bagi cadangan sikit..^^,
Sekarang ni aku tengah aim nak beli beberapa buah buku. Tak tahula nak beli tahun ni ke tahun depan. Tapi, kalau ada orang hadiahkan lagi best. ^^, Tengok tu! Berangan! Buku La Tahzan yang abah aku bagi tahun 2005 pun aku tak habis baca dan khatam-khatam lagi. Cemerlang kan? Tapi ada buku yang adik aku bagi, dah habis baca - Jadilah Wanita Paling Bahagia. Sob. Sob. Amin...Tu la kan. Buku-buku camni tak habis baca lagi, macam mana dengan buku pelajaran aku. WAJIB kot habiskan. Kalau tak exam nanti aku nak jawab apa? Takkan aku nak karang sinopsis novel cintan-cintun yang aku baca pulak. Nak cari pasal la tuh.
Dah. Dah. Jom kita baca buku sama-sama. Toksah nak ngarut tak tentu hala kat sini. Hehe. Ayuh! Bestari tetap bestari, pada nama. Bestari tetap bestari, pada realiti.
Kawan-kawan, kalau aku ada buat salah silap, sakitkan hati korang ke, pukul korang ke [ganasnya aku.. tak pernah kot], aku nak salam minta maaf. Doakan kita sama-sama berjaya tau. Tak best la kalau sorang-sorang berjaya kan. Ma'attaufiq binnajah. Sayang korang! ! Mmmmuah...^^,
Nur: Alhamdulillah..^^,
2 comments:
wah3,terglemer sebentar i di sini.
ya saya memang seorg yg bersemangat datang bab2 buku nih. time harry potter no 7 baru kuar pun, 1st day tau kte g beli. trus kuar dgn cik ainun pas class leadership g carrefour. yg penting, puas hati! ;p
hehe..apa salahnya mengenalkan cik D di mata kawan2 saya..semangat yang perlu dicontohi...^^,
jom kita menelaah sume buku2 setelah selesai exam nanti..yay!!
Post a Comment