Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Kata orang, jika ingin berjaya jangan 'ragu' untuk berkongsi kejayaan itu. Kerana semua orang inginkan kejayaan dalam hidup. Tak akan ada orang yang mahukan hidupnya gagal. Kata orang lagi, jika kita gagal untuk merancang, maka kita merancang untuk gagal sebenarnya.
Rata-rata temanku masih dalam tempoh revision period lagi. Sedang aku bakal menempuhi exam ke-2 pada jam 9.00 pagi nanti. Cemburu rasanya mengenangkan mereka masih dalam tempoh bersenang-lenang dan bersuka-ria. Sedang aku, sibuk bergelumang dengan nota-nota. Tapi, tak mengapa kerana perjalanan bagi sebuah kejayaan kami telah lama bermula. Sejak kami dilahirkan ke muka bumi ini. Mengenal apa itu kehidupan.
Kejayaan adalah Perjalanan
Masih ingat lagi kalian pada catatan aku yang berkisar tentang kejayaan? Semua orang ingin berjaya, semua orang inginkan kejayaan sentiasa mewarnai kehidupan mereka. Berjaya dalam pelajaran, pekerjaan, percintaan, perkahwinan, mendidik anak-anak dan 1001 kejayaan yang ingin dimiliki. Tapi, dalam sibuknya kita mengejar dan mengecapi semua itu, jangan kita lupa mencari kejayaan yang sebenar dalam hidup ini.
"Marilah menuju kejayaan"
Seruan azan lima waktu sehari semalam. Menyeru kita untuk menuju kejayaan. Dalam mengecapi kejayaan dalam hidup, niat harus diperbetul dan fahami akan erti hidup ini yang mana untuk beribadah pada-Nya. Selaku khalifah yang ditaklifkan dengan tanggungjawab yang besar di muka Bumi ini, seharusnya kita sedar dan fahami tujuan sebenar kita dijadikan.
Fitrah manusia inginkan sesuatu yang indah. Gembira. Bahagia.
Kerana itu bahagia perlu dicari bukan dinanti.
Tapi, semua itu takkan datang tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Kejayaan takkan datang bergolek tanpa kita mencarinya. Kerana itu, dalam seruan azan kita diajak menuju kejayaan. Kejayaan yang hakiki ialah bila mana kita mampu menjadi Muslim yang sejati. Amal ma'ruf dan nahi mungkar. Kedua-duanya perlu bergerak seiringan. Tidak boleh ada yang terkedepan dan ada yang terkebelakang.
Pelajari dari Sejarah
Sesuatu yang berlaku punyai sebab. Renungkan dan insafi akan kisah-kisah terdahulu yang pernah menjadi sebahagian dari kisah hidup kita.
Hidup manusia ini ibarat roda yang berputar. Adakala kita berada di atas (puncak kejayaan) dan adakala kita berada di bawah. Terimalah setiap yang berlaku itu dengan redha. Setiap yang berlaku itu seolah-olah satu rahmat yang menyedarkan kita dari terus merasa megah akan hidup yang sentiasa di puncak. Pelajari kisah umat terdahulu dan jadikan sebagai benteng, agar diri tidak mengulangi kegagalan dan kesilapan lalu.
Nur: Berbahagialah mereka pada hari ini yang tidak mengulangi kesilapan lalu.

2 comments:
motivasi yang baik bagi orang - orang yang ada kesedaran.. hehe
moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang punyai kesedaran..
Post a Comment