Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah. Setakat 3 hari kelas kembali bermula untuk minggu ini, aku berjaya untuk terus BE ON TIME. Really like this. Kata orang tidak pernah ada waktu yang dikatakan anda telah lambat untuk berubah. Bermula dari titik kita berazam untuk berubah, pasti segalanya akan dipermudahkan.
3 Hari kelas dah berlalu. Tinggal satu hari lagi sebelum minggu ini berakhir. Minggu depan minggu yang terakhir. Terakhir dalam diari hidup seorang pelajar undergraduate. InsyaAllah, jika diberi ruang dan peluang aku akan sambung ke peringkat seterusnya. Mohon segalanya dipermudahkan.
Hari ini, sedikit kecewa lagi. Baru dapat kertas mid-term exam. Agak teruk. Ya mungkin teruk dari kertas mid-term exam subjek lain. Kalau diturut dan dilayan rasa kecewa itu, pasti satu hari ini aku akan dirundung duka. Aku tidak suka akan situasi itu. jadi, aku harus POSITIF! Positif menerimanya sebagai ingatan agar aku menggunakan sisa-sisa waktu yang masih ada ini untuk terus tetap dalam landasan perubahan itu.
Minggu ni ada 2 agenda penting.
Pertama menghadirinya buat kali pertama dan terakhir.
Kedua menghadirinya buat kali yang terakhir dan mungkin bakal memulakan yang pertama selepas ini.
Tidak faham bukan? Haha. Tidak perlu untuk anda faham. Cukup hanya aku yang faham. Sebab yang menghadapinya adalah aku. Bukan kalian semua. Ops! Maaf jika aku berkasar di sini. Tiada niat.
Oh ya! Hari ni 20102010. Cantik susunan tarikh ini. Kalau 101010 yang lalu, begitu ramai pasangan yang mendirikan rumahtangga. Jika tarikh 20102010 jatuh pada hari Sabtu atau Ahad, aku yakin pasti ramai yang akan memilih tarikh ini untuk mengabadikan memori terindah masing-masing.
Sampai bertemu lagi dalam coretan yang akan datang.
Nur Qistina
12.00PM
Makmal ITD
2 comments:
haa..
updet entry dlm lab tyme kelas...
proff!!!
hahahah
haha...bukan masa kelas la cik aki sayang...lepas habis cluz singgah lab...
nota: entah2 aki yang curi2 komen dalam kelas..=p
Post a Comment