09 October 2010

Tahniah!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..


- Gambar di'culik' di Fb kawan-


Hari ni dah masuk 1 Zulkaedah 1431H. Berlalu sudah bulan Syawal. Amacam? Penuh dah perut korang dengan segala macam makanan masa majlis rumah terbuka kawan-kawan korang? Bagus. Bagus. Aku percaya ada yang sekarang ni sibuk timbang berat badan dan tengok dengan muka tak percaya. Aku percaya lagi ada antara korang yang akan cakap penimbang tu rosak dan sebagainya. Konon-konon nak pujuk hati korang sebab berat badan dah naik melebihi yang sepatutnya. 

Ish. Ish. Korang ni. Tu la. Masa makan tak ingat dunia. Boleh pulak guna ayat Raya setahun sekali. Bukan senang nak jumpa ketupat, lemang, lontong dan sebagainya kalau bukan waktu raya. Ye la. Betul tu. Tapi, apapun harus diingat 'makan untuk terus hidup bukannya hidup untuk makan sahaja.'

Dah. Dah. Aku dah mula nak bebel. Nanti korang sakit mata pulak baca. Sebenarnya kat sini aku nak cerita tentang KAHWIN. Wah! Suka je kawan-kawan aku yang masih single-mingle tu nak baca. 

Minggu ni macam aku cakap dalam entry sebelum ni, aku akan hadiri majlis kahwin kawan sekolah aku. Wah! Tak sangka dan nak kahwin dan bakal bergelar seorang isteri. Jeles aku di sini. Aip! Jangan nak mengada-ngada pulak nak kata aku gege dan macam-macam. Normal la kan bila hati digamit-gamit untuk mengikuti sunnah Rasullah. Takpe. Rileks. Sampai seru terimalah kad jemputan dari aku. Cewwah! 

Cerita pasal kahwin ni, memang sekarang musim orang sibuk nak kahwin. Alhamdulillah, bertambah lagi pasangan yang mendirikan masjid. Malam tadi, tengah aku sibuk buat assignment, saja aku login FB. Tup.Tup. Dapat jemputan kahwin lagi. Wah! Cayalah kawan-kawan aku ni. Masing-masing dah nak tamatkan gelaran bujang. Lepas ni bila isi borang. Dekat ruangan status pasti akan tulis BERKAHWIN.


Jadi, memandangkan aku nak pergi majlis kahwin ni, aku ingat nak bagi hadiah untuk kawan aku ni. Hadiah yang pada aku memang normal orang akan bagi pada pasangan yang baru berkahwin. Jom tengok apa hadiah-hadiah yang sesuai untuk diberikan pada pasangan raja sehari ni.


1. Set cadar

- Pada aku, hadiah ni memang sesuai. Sebab diorang yang baru kahwin ni, confirm set cadar yang diorang gunakan set cadar pengantin yang ada ropol-ropol dan bling-bling gitu. Jadi, tak salah kalau korang nak bagi set cadar kat mereka. Takkan selamanya nak pakai cadar yang ropol-ropol tu kan? =)

2. Set pinggan-mangkuk

- Ni memang best. Bila baru kahwin, mesti tak ada lagi barang-barang macam ni. Takkan bila dah pindah masuk rumah sendiri nak angkut pinggan-mangkuk kat rumah keluarga masing-masing kan? Jadi, bila korang bagi set pinggan-mangkuk ni, mesti tersenyum lebar pasangan pengantin ni.

3. Barangan elektrik

- Hah! Ni pun bagus jugak. Bagi periuk nasi ke, seterika ke, kipas angin ke. Teringat waktu abang aku kahwin hari tu, dapat periuk elektrik dari PIBG sekolah. Seronoknya. Oh ya. Abang aku ni cikgu.

4. Lain-lain

-Haa.. Aku tak dapat fikir dah. Jadi, lain-lain ikutla kesesuaian dan seikhlas hati korang nak bagi apa.


No comments: