Showing posts with label ::Buku::. Show all posts
Showing posts with label ::Buku::. Show all posts

13 November 2010

Kuiz: Isi Tempat Kosong Anjuran PTS

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum buat semua pembaca...

Anda semua pasti kenal tentang PTS. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. adalah syarikat yang menerbit dan mengedar pelbagai kategori buku dalam bahasa Melayu.

Terdapat peluang untuk anda memenangi buku daripada PTS hanya dengan mengisi tempat kosong.

Kuiz: Isi Tempat Kosong

'Lebih Teruja, Lebih Ribut dan Mengocak Minda'

Cara-cara Menyertai
Jadi ahli Facebook PTS. Layari http://www.facebook.com/bukupts/
 Lengkapkan tajuk buku PTS yang dipaparkan di Wall Facebook PTS.
 Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang tepat dan pantas.

Contoh Soalan
S_M_N_S   T_RT     _ER_
  Pembayang: Novel remaja. Penulis wanita.

Jawapan: SEMANIS TART CERI

Hadiah
1. Hadiah berupa sebuah buku terbitan PTS yang bernilai RM20.
2. Pemenang boleh memilih mana-mana tajuk buku untuk dipos.
3. Caj pos penghantaran ditanggung oleh Jabatan Pemasaran PTS.

Untuk maklumat lebi lanjut sila layari Kuiz: Isi Tempat Kosong.

Kuiz peraduan berlangsung selama 5 minggu bermula 25 Oktober sehingga 26 November 2010.

Semoga berjaya! ^__^

09 October 2010

Harry Potter dah Tamat?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Tiba-tiba aku nak cerita pasal HP. Aku percaya korang semua mesti pernah tengok cerita HP. Aku tak ingat bila cerita ni keluar. Tapi, tak silap aku rasanya time aku sekolah menengah lagi rasanya.

Aku tengah cuba nak senaraikan tajuk-tajuk cerita HP ni.
1. Harry Potter and The Sorcerers Stone
2. Harry Potter and The Chamber of Secret
3. Harry Potter and The Prisoner of Azkaban
4. Harry Potter and The Goblet of Fire
5. Harry Potter and The Order of The Pheonix
6. Harry Potter and The Half Blood Prince
7. Harry Potter and The Deathly Hallows

Wah! Hebat aku boleh senaraikan. Ingat ni jawab soalan exam ke apa? Hehe. Mestilah aku guna bantuan en Google kita. Kalau tak, bertuah aku nak ingat.

Bila waktu free nanti aku nak khatam la cerita Harry Potter ni versi buku walaupun aku dah pernah tengok movienya. Hari tu, masa aku dok kemas-kemas buku kat rumah, aku jumpa buku Harry Potter ni tapi versi Bahasa Melayu. Harry Potter dan Bilik Rahsia. Habis aku khatam. Kelakar je baca dalam Bahasa Melayu.

If korang rasa nak baca online pun boleh. Klik SINI. Ketujuh-tujuh siri korang boleh khatam sampai habis.

Dengar-dengarnya yang no 7 tu siri terakhir untuk Harry Potter. Tapi, tak tahulah betul ke tak. 

Selain Harry Potter korang mesti pernah baca siri NARNIA dan juga TWILIGHT kan? Aku, dua-dua siri ni tak pernah tengok dan sentuh. Cerita betul ni. Takpelah. Nanti bila aku dah habis belajar, aku khatam semua siri-siri ni.

Selain dari siri macam ni, time aku sekolah rendah zaman kanak-kanak ribena dulu, aku suka baca cerita dektektif ala-ala penyiasatan gitu. Siapa kat sini pernah baca SIRI HADI dan SIRI SALMA? Aku pun tak tahu wujud lagi ke buku tu kat kedai buku. Kat rumah aku banyak la buku-buku camni. Kadang-kadang bila aku bosan aku akan ulang balik baca buku-buku ni. Tak sampai 30 minit aku baca. Yelah. Zaman kanak-kanak ribena dulu lambat la sikit baca. Tapi, zaman muda belia remaja ni mestilah speeding baca kan?

Nota penjuru: Aku ada satu soalan la. Kenapa kalau baca buku-buku macam novel, majalah dan juga komik cepat je khatam. Kalau baca buku pelajaran, berzaman nak habis satu bab? Siapa boleh jawab?