Showing posts with label IKEA. Show all posts
Showing posts with label IKEA. Show all posts

08 November 2010

Coretan 6

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum  buat semua..

Rindukan aku? Hehe. Beberapa hari yang lepas, tak dapat internet connection di Taman Ilmu dan Budi. Aku membuat andaian wireless universiti ditutup untuk tujuan direhatkan selama 2 hari. Al-maklumlah hari Jumaat yang lalu cuti umum bersempena Deepavali. Takpe la sekurang-kurangnya aktiviti aku di depan laptop dapat dikurangkan. [macam la selama ni banyak sangat aku menghadap laptop ni kan? ngee]


Jadi, pada pengunjung yang ada menjenguk aku terima kasih banyak-banyak tolong jagakan 'rumah' aku ni baik-baik. Banyak yang aku nak ceritakan sebenarnya. Al-maklumlah 3 hari lebih tak bercoret-coretan di sini. Nantilah. Agak-agak dah lapang sedikit. Exam aku yang paling hampir hari Rabu ini bersamaan dengan 10 November 2010. Paper yang ke-4 bakal aku duduki. Oh ya! Cuba lihat ticker di atas ' 1 week dalam mencoretkan memori terindah'. Tak lama dah tu. InsyaAllah aku bakal menamatkan pengajian di Taman Ilmu dan Budi yang tercinta. Waa. Sedihnya. Sayu pulak hati ini. Minggu terakhir aku di sini sebagai pelajar.


Sebut pasal minggu akhir ini, cerita Chinta yang ditayangkan di TV3 telahpun masuk minggu akhir bukan? Tadi, semasa aku turun beli makanan di cafeteria hostel, sempat aku tonton sedikit. Sadatul dan Chinta. Rasul Iman. Lagi? Hehe. Aku tak tahu la cerita ini tentang apa. Dah lama tak mengikuti rancangan televisyen. Mungkin bila aku bakal bergelar 'penanam anggur' nanti boleh agaknya aku ikuti siri-siri yang akan ditayangkan. Ngee. Tadi waktu aku lepak kat rumah usai masak untuk makanan tengahari, bukak tv dan tengok sekejap. Sempat aku tengok ada iklan cerita yang bakal ditayangkan di TV3 tak ingat pulak aku apa tajuknya tapi yang ada lilin bentuk LOVE tu. Mungkin kalian tahu.


Rasanya, sampai sini sahaja update aku kali ini. Ada perkara yang menuntut lebih perhatian daripada aku. Buat yang sudi komen entry aku sebelum ini, terima kasih aku ucapkan. Moga persahabatan yang terjalin ini berpanjangan. InsyaAllah.

Oh ya! Sebelum aku menamatkan coretan kali ini, aku nak ajak kawan-kawan sertai contest yang dianjurkan IKEA. Hadiahnya cukup menarik.  RM500 IKEA Voucher. Nak tahu lebih lanjut:-


Mana tahu kalian bertuah, dapat voucher IKEA. Banyak tu RM500. Boleh tambah aksesori di rumah barangkali. Apapun, semoga berjaya! ^___^


Salam sayang,

Nur Qistina
8.47 PM
Kamar sepi nan indah