Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Akhirnya setelah beberapa hari bertapa di tempatku menuntut ilmu, kembali pulang ke rumah yang tercinta. Pelbagai agenda yang bersarang di minda. Tentunya untuk menjalankan rutin harian sekembalinya ke rumah ini ketika cuti semester bermula. Berkebun. Mengemas segenap sudut dan inci rumah. Memasak. Dan kawasan yang sewaktu dengannya. Lazimnya aktiviti sebagai seorang 'bibik'. Entah kan mampu atau tidak mengikuti rencana yang disusun rapi sedari tamatnya peperiksaan akhir semester ini. Moga matlamat yang dicitakan tercapai dan terlaksana dengan sepenuhnya. InsyaAllah.
Diari ini juga ditukar tirainya dengan langsir yang baru. Mengambil mood sebagai seorang yang feminin. Walaupun lazimnya tirai yang digunakan seringkali bercorakkan warna alam semulajadi. Dengan penukaran tirai yang baru ini juga, harapnya 'sifat' yang 'keras' itu dapat dilembutkan dan dineutralkan kembali.
Di kesempatan berada di rumah ini juga, akan digunakan sebaiknya untuk menebus kembali waktu berjauhan dengan insan tersayang. Sunyi seketika rumah ini, tanpa riuh-rendah dan 'gaduh-gaduh manja adik-beradik'. Mama dan abah di Tanah Suci, adik-adik di kampung. Bakal menyusuli mereka sekembalinya dari program 'keluarga' yang satu lagi. Merindui akan semua insan yang disayangi. Ingin berada bersama mereka sentiasa, namun apakan daya, aturan Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu, setiap dari hambaNya mempunyai tanggungjawab masing-masing. Bukanlah ianya timbul sebagai alasan untuk megecualikan dari bersama mereka. Di sebalik aturan itulah, antara kita melengkapi satu sama lain.
Di rumah inilah syurgaku,
Di rumah inilah aku dilahirkan,
Di rumah inilah aku dibesarkan,
Di rumah inilah aku dididik.
Done,
Nur Qistina
19 November 2009
11.05 PM
Nur: Jangan gaduh-gaduh, nanti rindu. Jangan sayang-sayang, nanti terkenang. =)
1 comment:
aisey weh.
ak da delete ar entry td tuh..
tuka len.. hahah :P
Post a Comment