Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Satu mesej diterima beberapa minit tadi. Dari dia. Seorang teman yang sering menjadi pendengar setia masalahku. Setia mendengar tiap patah bicara dariku. Tanpa rasa jemu. Selesai aku meluahkan semuanya, tiba gilirannya untuk berkata-kata. Satu demi satu nasihat diberikan padaku. Agar terus maju ke hadapan. Dan satu kata-katanya yang ku ingat, be yourself.
"Persahabatan itu di hati, walau bersendirian pasti ia menemani. Setiap yang manis mampu dikenangi, walau tiada di mata kini, ia hadir bila dirindui, kerana asasnya ia kekal di dasar hati."- 8 Nov 09, 00:13
Ya! Aku cuba menjadi diri sendiri, dan menjadi yang lebih baik dari yang dulu. Dia merupakan temanku tika kami mengira bintang di malam hari. Satu, dua, tiga bintang itu dikira. Aiskrim di tangan menjadi peneman bicara. Lalu, sesi luahan rasa pun bermula. Perkenalanku dengannya bermula ketika saat kami mula melangkah ke alam universiti dengan kata sebenarnya. Namaku sering didengari dari teman sebiliknya yang merupakan teman sekelasku. Tentang kisahku di dalam kelas sering dibual bicara oleh teman sekelasku ini.
~Detik perkenalan dengannya~
Dia merupakan seorang pelajar yang begitu bersemangat dalam menelaah pelajaran. Aku kagum akan semangat yang ditunjuknya itu. Dia juga dikategorikan sebagai pelajar yang cemerlang. Aku bangga mempunyai teman sepertinya. Kata-kata yang diucapnya, mampu memberi kesan pada hatiku.
Aku mintak maaf andai aku sering terlepas pandang akan kewujudan ko. (Hakikatnya bukan begitu) Aku akui, kita masing-masing sibuk. Tapi, itu bukanlah alasan untuk kita tidak bertanya khabar dan sebagainya. Sering kita berjanji ingin bertemu dan berbicara, tapi ada sahaja halangan mengekang kita dari berbuat demikian. Maafkan aku kerana gagal menjadi seorang sahabat yang baik buat ko. Walaupun ko tak berada di depan mata, tapi ko tetap di hati aku. Tak pernah aku lupa akan kawan macam ko. Aku sayang ko!! Kita kawan selamanya~
Done,
Nur Qistina
8 November 2009
12.32 AM


No comments:
Post a Comment