Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Hari ini, merupakan hari Rabu. Ya. Aku tau yang kalian pun tau bahawa hari ini adalah hari Rabu. Ada apa pada hari ini? Tiada apa-apa yang istimewa. Cuma, tiba-tiba hati ini terusik dengan 'seseorang'. Akukah seorang yang mempunyai jiwa yang cukup sensitif itu? Enggan menafikan jua membenarkan. Terkadang ingin membenarkan jua menafikan. Akukah orang itu? Okay sekian untuk jiwa-jiwa rasa kita pada hari ini. Sekejap. Sekejap. Aku tak habis lagi berbicara dengan kalian yang berkunjung di sini.
Entah kenapa tiada apa yang ingin dikongsi, cuma hati ini meronta untuk meneruskan jari-jemari ini menaip patah demi patah kata yang terlintas di fikiran. Entah kenapa tiba-tiba fikiran ini kembali bercelaru dan serabut. Entah kenapa tiba-tiba hati semakin ingin bersedih dan menangis pilu. Ya Allah, benarkah aku semakin jauh dari bimbinganMu itu? Semakin hari aku semakin mencari akan 'sesuatu' yang telah pergi itu.
Mereka jauh dariku, tapi tiap saat aku mengingati dan terus merindui mereka. Benar kata orang, bila semakin jauh semakin rindu. Semakin dekat semakin benci. ~Tidak, benci itu tidak sama sekali.~ Kerap kali air mata ini tumpah apabila merindui mereka. Mengenangkan liku kehidupan yang telah dilalui sepanjang hampir dua dekad ini, aku semakin menghargai kehadiran mereka di sampingku. Aku bersyukur kerana mereka menjadi pendampingku. Menjadi penunjuk jalanku. Menjadi pendengar jua penasihatku.
Aku tidak mengerti akan diri ini yang semakin mudah terluka. Aku tidak mengerti akan diri yang semakin kerap berduka. Apakah punca yang sebenarnya akan semua ini? Aku tidak meminta semua ini terjadi. Aku ingin menafikan akan semua yang telah berlaku. Aku ingin menidakkan akan semua jawapan. Aku semakin keliru dan buntu akan semua ini.
Sentiasa hati ini meronta dan meminta. Akan empunya diri memahami dan mengerti. Tidak membohongi jua menipu. Akan semua yang telah terjadi. Sentiasa hati ini..hati ini..hati ini..Ah! Sukar untuk dimengertikan hati ini yang kembali terluka. Semakin menghampiri akan waktu itu, hati ini semakin memberontak dan pinta difahami. Ingin menafikan jua membenarkan. Enggan menafikan jua membenarkan.
Patah kata semakin melulu. Patah kata semakin bertalu. Ingin meneruskan lagi larian jari-jemari ini menekan papan kekunci. Huruf demi huruf. Membentuk satu perkataan satu persatu. Kemudian membentuk ayat yang baru. Tapi, akan ada tapinya. Tiada daya meneruskan. Saat hati kembali bertamu. Saat bicara kembali betemu.
Done,
Nur Qistina
10 November 2009
9.38 PM
No comments:
Post a Comment