16 November 2009

Gotcha!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..




Entry kali ini aku ingin menceritakan mengenai online purchase. Ahha! First time aku mencuba pembelian secara online. Apa yang dibeli agaknya? Biasalah, salah satu dari hobi di waktu lapangku adalah membaca. Jadi kali  ini aku membeli buku @ novel secara online. Bermula dengan melayari web Jemari Seni tiba-tiba aku tertarik dengan tawaran Percayalah Berganda. Dua buah buku dengan hanya RM 33.00 sahaja. Murah bukan? Tapi, tawaran itu telah pun ditutup pada 6 November 2009. Jangan sedih ya kawan-kawan. Akan ada tawaran lain pula selepas ini. Don't be sad kay?

Masih ingat akan urusan negara yang aku katakan itu? Inilah urusan negara yang kulakukan. Pertama kali mengirimkan wang pos, dan membeli secara online. Alhamdulillah, semuanya selamat tiba. Lebih kurang 7 hari proses yang diambil. If aku gunakan kaedah transfer money via Maybank, mungkin hanya tiga hari hingga empat hari je dah dapat bukunya. Kira okay la kan. Jadi untuk kawan-kawan, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Tambahkan pengalaman dan luaskan pengetahuan. Yay! Now, aku nak mulakan menelaah buku baru itu. Bagi kawan-kawan yang masih belum selesai exam, selamat berusaha dan semoga berjaya.
 

 
Jom kita menelaah dua buku ini..Yay!! 

Nur: Pengalaman baru sangat seronok. Yay!

No comments: