05 November 2009

Untukmu Teman

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...

Entry kali ini aku khususkan buat seorang teman yang ku kenali sedari tahun satu pengajian di bumi bertuah Taman Ilmu dan Budi ini. Perkenalan kami bermula di bawah satu persatuan yang membawa motto 'Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain'. Berkongsi nama ayah yang hampir sama. Beza usia 2 tahun tidak menghalang dariku untuk mengenali hati budinya. Hampir menjangkau usia 4 tahun kami berkawan, jika diibaratkan seperti seorang bayi yang sudah mula melangkah menerokai dunia ini.

Sedikit sebanyak kisah yang pernah kucoretkan dalam diari mayaku ini, terselit kisahnya. Mempunyai semangat juang yang tinggi, lantang bersuara dan maju ke hadapan merupakan antara peribadinya yang amat ku kagumi. Berasal dari negeri kelahiranku, Johor Darul Takzim, melanjutkan pelajaran ke SMKA Segamat dan seterusnya ke KISAS, Klang, dan kini dalam mengejar cita-citanya menjadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Mengambil jurusan Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Sains Politik) dan kini berada dalam tahun akhir pengajian.

Bagi mereka yang mengenaliku dengan rapat, pasti dapat meneka siapakah gerangan yang dimaksudkan. Lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan sesama manusia. Ya! Acapkali kami bergaduh hanya kerana sedikit salah faham, namun Allah menyayangi persahabatan yang terbina ini lalu memelihara kami agar terus menjalinkan hubungan silaturrahim.Pelbagai kisah suka duka yang kukongsi bersamanya.Tak kurang jua kisah yang mampu memecahkan tawa kami berdua.

Untukmu Faradilla Mohd Hamdan, terima kasih atas perkongsian sebuat kisah persahabatan yang indah ini. Harapanku agar ikatan ini diteruskan hingga ke akhir hayat. Jazakillah atas kisah yang dikongsi bersama. Semoga dikau berada dalam rahmat dan lautan kasihNya yang tak bertepi ini. Saya SAYANG kamu keranaNYA...






Salam sayang, 
Nur Qistina
5 November 2009

8.31 PM

No comments: