12 November 2009

I Break The Promise

Bismillahirrahmanirrahim..
Assamualaikum buat semua pembaca...

Entah kenapa air mata semakin mengingkari janji diri ini agar tidak mudah mengalir kembali. Cuba untuk menahannya di empangan yang telah terbina kukuh dek benteng penerimaan yang tiada hentinya. Air mata ini tumpah bagai tempias hujan yang pada mulanya setitis demi setitis, semakin lebat bak tiada hentinya. Seolah-olah cuba menghamburkan gelodak rasa yang kerapkali menjengah tika keserabutan yang semakin menggunung ini. Kenapa menjelma tika aku kembali menjalani hidup ini dengan ketenangan? Kenapa perlunya tercipta memori di bulan itu? Dan kenapa harusnya luka itu semakin dalam apabila munculnya hari itu.

Entah, aku tidak pasti akan hati ini. Aku ingin kau menjadi puisi supaya dapat bertemu melodinya denganku. Aku ingin kau menjadi bulan agar dapat aku menjadi kejoranya.Tapi,  andai aku menjadi tanah, apakah kau  sudi menjadi bunga menghiasi lamanku ini?

Ya Allah, aku memohon padaMu agar dipadamkan memori pahit itu. Keseluruhannya. Tanpa ada yang tinggal. Hari ini, aku mungkir janji lagi. Mungkir pada janji yang telah terpateri sekian lama. Hampir sedekad lamanya. Agar menjadi seorang srikandi yang tegar dan tabah. Ya Allah, andai itu takdir yang telah terpateri dalam lembaran hidupku ini, izinkan aku mencari diriku yang dulu. Yang sedia menyahut dan menerima apa sahaja ujian dariMu.

Mungkin keseronokan semalam membawa kesedihan pada hari ini. Ada yang berkata 'Seronoknya hari ni. Tak pernah-pernah tengok happy macam ni. Entah-entah nanti menangis'. Benar, katamu itu benar. Hari ini, aku mengalirkan airmata ini dek kerana tenggelam dengan keseronokan semalam itu.

Hati tak pernah kuat. Hati tak pernah tegar. Hati tak pernah tabah. Hati tak pernah sabar.

Tenang hati ini tika alunan suci Al-Qur'an menemani dan menusuki hati yang terluka dan kesedihan ini. Satu demi satu lembaran La Tahzan diselak dan ditatapi dengan penuh penghayatan. Ya Allah, ujianMu ini adalah ni'mat jua rahmat. Menyedarkan aku dari lena yang begitu panjang. Diulit mimpi-mimpi indah dan angan-angan yang tak terjangkau itu.

Aku tak mengerti. Aku tak faham. Aku buntu dan keliru akan rasa pada hari ini. Keresahan dan kegelisahan yang menemani diri ini, dek kerana pancaroba yang kian hebat menggoncang kesabaran serta ketabahan diri membuatkan aku tertanya, adakah ini merupakan hukuman buatku atas apa yang telah aku lakukan? Tidak. Aku merasakan ianya bukanlah satu hukuman, tapi merupakan satu jalan yang bakal menunjukkan hikmahnya tanpa aku sedari.

Dear,

I'm sorry that i break the promise. I'm cry again because i can't endure it anymore. But, i wanna make the promise again. Can i? I believe that, you know i'm doing well here. Please, my request don't bother what i'm said here. I just need you. I really mean that i need you to be here and support any step that i make. I won't repeat my mistake again. I always pray for you, so that you can be as what you've before. I'm proud to have you. And be with you. I don't  know how to say this to you. But, now i've found my way, to express what i feel about. Don't care about me doesn't mean that i don't need you be with me. But, what i mean here, i'm happy to be this way. The way you care more, i feel secure. The way you listen more, i feel happy. Because i'm happy having you here by myside close to my heart. Never leave me alone when you go. But always watching me when you're far away Thank you dear, I Love you as you Love me.

This my way that i've choose. My own choice without any force.When you read this i really hope that you will understand. I want it to become natural as the time come. I know that, this might be hard for all of us. But i believe with Allah. He know best for all of us.

"Ya Allah, bila datangnya waktu itu, bila mana ketenangan itu kembali, mengusir kegusaran dan keresahan kami ini, kekalkanlah semuanya. Kami mengharap padaMU dan tiada sebaik-baik penolong melainkan dariMu. Takdir duka kami terima dengan tiupan rahmat dan kasih-sayangMu yang tiada penghujung itu. Kami mengaharap dan memohon hanya padaMu Ya Allah."

Done,
Nur Qistina
12 November 2009

No comments: