Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca diari maya ini..
Hari ni, seawal jam 9.15 bergerak dari tempat belajarku menuju ke rumah tercinta. (Rindu mereka berdua T_T). On da way balik singgah di sekolah adikku merangkap sekolahku jua suatu masa dahulu. Sungguh aku terkejut dengan keadaan sekolah, bila mana ku keluar dari kereta, lagu Akon kedengaran. Hati tertanya, tersilap sekolahkah aku? Sedih, melihat keadaan sekolah yang tidak seperti dulu. Adakah masa yang merubah segalanya? Entahla. Tapi sungguh, aku terkejut kerana bukan hanya kedengaran di kawasan sekolah sahaja, malahan di persekitaran kawasan perumahan, lagu yang dipasang bergema.
Bukanlah aku menolak akan lagu-lagu tersebut. Tapi wajarkah sebuah sekolah yang dipandang di mata masyarakat menjadi sebegitu rupa. Bertubi-tubi soalan aku ajukan pada adikku. Kenapa begini dan begitu. Lantas aku tersedar, di zaman aku masih bergelar pelajar di situ, kerap aku menjadi penentang undang-undang yang boleh dikatakan tak masuk akal, akhirnya begini jadinya. Jika bukan zaman sekolah dibentuk akan sahsiah diri, bagaimana kelak bila kita sudah melangkah ke luar dan menempuh alam yang baru membawa haluan sendiri? Tepuk dada, tanyalah diri. Bukanlah aku ingin katakan aku seorang yang baik dan sebagainya. Kerana aku jua manusia. Tapi, dari kesilapan semalam itu, aku cuba perbetulkan diri, muhasabah dan jadikan hari mendatang lebih baik. Maaf andai aku terlampau lepas bicara, tapi itulah hakikatnya yang harus ditempuhi kini.
Sementara menunggu adikku meminta kebenaran dari warden, aku meninjau sekolahku itu. Banyak perubahan yang kulihat. Sedang aku meneliti nama bagi keputusan peperiksaan percubaan SPM 2009, aku menoleh dan terpandang wajah seorang guruku. Lama aku teliti, untuk memastikan benarkah beliau yang mengajarku tafsir hadis. Akhirmya, ditegurnya aku, ' Najat bukan?' Lantas aku tersenyum dan menyalami tangannya. ' Ya ustazah. Dari tadi saya dok perati, betul ke ni ustazah. Takut salah je.' Seronok aku kerana ustazah masih mengenali anak didiknya ini. Ketika berbual bicara dengan beliau, seorang lagi guruku menegur, 'Khairun Najat' Aku lantas memberi salam hormat pada ustaz Bahasa Arabku ini.
Rindu akan zaman sekolahku itu. Dalam degilnya aku, menurut jua peraturan yang ditetapkan. Cuba patuhi walau ada jua pemberontakan. Akhirnya, hasil didikan guru-guruku di sana, aku berada di tangga kejayaan, menuju ke puncak kejayaan yang diimpi. Terima kasih ustaz, ustazah, cikgu, teacher dan semua yang mendidikku tanpa kenal erti jemu.
****
****
****
****
Back to the entry title. Pizza party. Yay! Tujuan aku pulang ke rumah adalah memenuhi jemputan mak langku. Ada pizza party katanya. Rupanya, penerangan mengenai produk tupperware yang baru. Unik, selama ini yang aku tahu hanyalah tupperware yang dikeluarkan, tapi kini ada juga kuali dan produk-produk lain. Mendengar tentang jenis-jenis tupperware yang ada.Okay, lepas ni siapa-siapa yang nak tahu akan kelebihannya, boleh rujuk pada aku. Kita wat date okay? Ahha! InsyaAllah, jika diberi ruang dan kesempatan.
Aku juga mempelajari bagaimana nak buat pizza. Simple je rupanya. Nanti, bila aku dah semakin pro, aku ajak kawan-kawan semua and 'LET'S HAVE PARTY!!'. Eheh! Baru belajar tadi nak berlagak pro pulak. Tapi la, pelan-pelan kita belajar kay? Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Okay, mata dah mengantuk ni. Have to go. Esok aku akan menduduki paper yang seterusnya. Doakan kejayaan bersama ya kawan-kawan. "Ya Allah, berikanlah kemudahan dan kurniakanlah kejayaan pada kami, di dunia dan akhirat."
Nur: Merindui akan Humairah a.k.a ibu Hamas
No comments:
Post a Comment