Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
Banyak entry yang aku janjikan untuk diadakan sambungan tidak dapat dilakukan dalam jangka masa terdekat ini. Kerana apa? Kerana aku dengan sengaja menyerabutkan diri dengan situasi yang tidak perlu pun akan kehadiran aku? Benarkah begitu? Tidak. Tidak sama sekali. Aku bukanlah jenis yang suka nak 'busybody' pada sesuatu yang tiada kena-mengena dengan hidup jua matiku. Kecewa, adakah perkataan yang paling sesuai aku samakan dengan situasi aku ini? Beberapa jam lagi, aku akan hadiri siri penurunan takhta yang telah kupegang hampir seabad lamanya. Pembetulan, bukan seabad tapi hanyalah setahun, tapi bagiku amat berat beban tanggungjawab yang kutanggung ini. Apakah dia?
Andai aku punyai pilihan, aku hanya ingin menjadi ahli senyap dan low-profile. Tapi, Allah telah taklifkan aku dengan tanggungjawab ini, yang mana Dia Mengetahui aku mampu jalankannya dengan sebaik-baiknya. Benar, jujurnya aku menolak secara diam. Dipaksa mungkin. Tapi, dek kerana kuatnya ikatan antara satu sama lain, aku teruskan jua perjuangan ini. Dalam senyuman pasti ada duka. Dalam senyuman jua pasti ada derita. Hanya aku yang tahu apa yang aku rasa sepanjang aku dalam keluarga ini. Benar, semua ini adalah pilihan aku sendiri tanpa dipengaruhi oleh pihak yang lain. Tersalah jalankah aku? Menyesalkah aku? Tidak. Aku tidak maksudkan sampai begitu sekali.
Saat pertama aku dikhabarkan dengan 'berita' pahit itu, maaf jika aku telus dengan kata-kata ku ini, aku menyoal dan menyoal dan terus menyoal, kenapa aku masih lagi di sini? Pernahkah mereka berada di tempatku walau sesaat? Benar, mereka berkata ' kami faham dengan semua itu, tapi kami yakin yang anda mampu'. Hanya dengan kefahaman mereka itu, adakah mampu menerbangkan semua rasa hatiku ini? Mampukah? Berat bahu yang memikul lebih terasa.
Tolonglah faham, aku sudah cukup 'tua' untuk semua ini. Aku ingin mengutip kembali masa yang telah kuabaikan untuk diriku sendiri. Terkadang aku kesian pada orang lain hingga aku terlupa untuk kesian pada diri sendiri. Adilkah aku? Adilkah aku terhadap diriku ini? Aku tak tahu bagaimana lagi harus ku kata bagi membuatkan 'mereka' faham akan rasa hatiku. Jika empanganku pecah dan mengalir deras pernah 'mereka' tahu? Kerapkali aku tersedu dek kerana semua ini. Aku enggan menuturkan lagi kata yang aku sering ucapkan ini. 'Maaf'. Andai dengan ucapan maafku ini, mampu merubah segalanya aku takkan serik mengucapkannya. Dan aku akan sentiasa jadikan kata-kata ini kata keramat bagiku.
Ya Allah, benar aku lelah dengan semua ini. Tapi, Kau yang datangkan tanggungjawab ini padaku, tanpa aku memilihnya, tanpa aku menghendakinya, tanpa aku memintanya, kerana Kau tahu aku mampu dalam menjalankan tanggungjawab ini. Kau tidak akan bebanku hambaMu dengan sesuatu yang tak mampu dipikul mereka.
Nur: Hancur, Lebur, Lumat...T_T
No comments:
Post a Comment