27 October 2009

KASIH + SAYANG = BENCI + DENDAM

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku begitu bencikan situasi ini. Kenapa semuanya berlaku? Apakah yang ingin Kau tunjukkan padaku? Mampukah aku memilih antara keduanya? Tidak. Kerana aku mahukan keduanya KASIH + SAYANG. Kerana tanpa KASIH tiadalah SAYANG. Tanpa SAYANG tiadalah KASIH.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku hanya mampu memandang tapi tidak memikulnya. Bukan aku tidak mahu memikulnya, tapi aku tidak mampu menampung beban perasaan yang makin memberat. Jika ku tambahkan lagi dengan rasa ini, empangan air mata ku akan mengalir deras. Ini yang aku cuba elakkan.

Janjiku untuk tidak menangis sendirian. Tapi siapakah yang ingin menemani tangisku ini? Jujurnya aku inginkan KASIH + SAYANG menemani tangisku ini. Tapi, aku menyedari sesuatu. Takkan selamanya aku berada di bawah limpahan KASIH + SAYANG. Kerana ada ketikanya BENCI + DENDAM yang menemani tangisku ini. Wajarkah aku berbuat demikian?

Aku buntu, aku keliru
Aku resah, aku gelisah


Ingin ku elakkan semua rasa yang membelenggu diri ini, namun aku tidak mampu menolaknya. Aku amat dambakan KASIH + SAYANG mengiringi tiap langkahku. Dan aku mahu usir jauh-jauh kewujudan BENCI + DENDAM . Doaku moga KASIH + SAYANG sentiasa bersatu dan tiada kurangnya tapi ada lebihnya dan BENCI + DENDAM lupus dari kamar yang menemani kegusaran diri ini.



Buntu, keliru, resah, gelisah. Aku lelah dengan semua ini. Kenapa aku yang menerimanya? Kenapa bukan mereka? Ya Allah, benar, beban yang kau datangkan ini mampu ditanggung olehku. Tapi, izinkan aku memilih untuk mengusir beban ini. Hadirkanlah kedamaian, ketenangan, jua kebahagiaan kembali dalam kamar yang mengiringi perjalanan hidup ini. Dalam mengutip sisa dan serpihan kasih-sayangMU, usirkanlah benci dendam antara KASIH + SAYANG kerana selayaknya gabungan itu tidak dipisahkan oleh BENCI + DENDAM..


Done,

Nur Qistina
9.48 malam
27 Oktober 09


~Seindah Bicara Kasih~

No comments: