Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Pasti semua pernah mengalami sakit gigi kan? Aku sekarang ni tengah berperang dengan sakit gigi. Tak tahulah kenapa dengan gigi aku ni. Ingatkan mampu bertahan dan sakit tu akan hilang (biasanya macam tu). Tapi, kali ni sakitnya lain macam sikit. Kata doktor masa aku buat rawatan gigi bulan 11 tahun lepas, mungkin gigi bongsu nak tumbuh sebab gusi macam membengkak sikit. Aku pun ada juga rasa macam ada gigi tumbuh. Then, kata doktor lagi, mungkin gigi nak tumbuh tapi tak cukup ruang, jadinya menolak gigi-gigi yang lain. Tapi, aku rasa sakit kat gigi geraham je.
Dek kerana rasa ingin tahu antara punca-punca dan jenis-jenis sakit gigi, aku pun Google la, dan akhirnya aku jumpa blog Klinik Gigi Dr Leen. Aku pun bacalah dan memahami sedikit demi sedikit. Bila sakit tu tak semestinya kena cabut tau. Berbalik pada cerita aku tadi. Doktor menyarankan agar aku wat X-Ray untuk melihat kedudukan gigi. [tapi, sampai sekarang aku tak buat]. Sebabnya rasa sakit tuh hilang beberapa hari kemudian. Doktor sarankan lagi gunakan flos gigi untuk bersihkan sisa-sisa makanan yang melekat di celah-celah gigi.
Hari ni, akhirnya aku akan jumpa Dr Gigi semula sebab aku dah tak mampu nak tahan sakitnya. Mungkin aku akan dapat temui jawapan sebenar pada sakit yang datang dan pergi ni. Jom ikut aku pergi jumpa Dentist.

No comments:
Post a Comment