25 June 2010

Dalam Hati Ada Taman

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

Mesti ramai yang berkata macam pernah dengar je ayat tajuk entry di atas. Pastinya bukan aku ingin mengulas tentang filem yang ada ayat ini. Tak silap aku tajuk cerita yang mempopularkan ayat di atas adalah Adnan Sempit. Apa yang membuatkan aku memilih tajuk entry 'Dalam Hati Ada Taman'.

1. Hati itu menggambarkan seketul daging yang berada dalam diri manusia. Yang mana jika bersih hati itu maka baiklah insan yang memiliki hati itu. Jika kotor hati itu maka tidak baiklah insan itu. Hati diibaratkan sebagai raja dalam diri manusia. Hati harus dijaga sebaiknya. Kerana jika hati yang dijaga dengan sebaiknya oleh pemilik hati itu, maka akan beruntunglah kehidupan pemiliknya.

2. Taman sering digambarkan dengan sesuatu yang indah dan damai. Yang mekar dengan bunga-bunga yang berwarna-warni dan saujana mata memandang dek kehijauan pohon-pohon yang merimbun. Taman yang dijaga dengan baik dapat mendamaikan mata-mata yang memandang. Mampu menenangkan hati yang resah gelisah. 

Gabungan hati dan taman ini adalah sama. Sama yang dimaksudkan harus dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya. Jika hati dibiar terus diresapi dengan 'sesuatu' yang tidak baik maka, rosak binasalah hati itu.


Nur: "Ya Allah, peliharalah hati-hati kami." Amin~

No comments: