08 June 2010

Ucapan Ulangtahun Kelahiran


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman..

Masih belum terlewat rasanya untuk aku 'post'kan entry ini. Khusus bagi mereka-mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Bulan Jun 2010 ini.

Buat Mama yang kusayangi, (6 Jun 2010)
Selamat ulangtahun kelahiran buat mama. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah Ta'ala. 



Dan buat mereka yang lain,

(10 Jun 2010) Mak Lang -adik Mama no3
(12 Jun 2010) Mak Cik -adik Mama no 4
(15 Jun 2010) Sakina - ex-rakan part-time workers
(20 Jun 2010) Azimah - ex-classmate Matric IIUM
(21 Jun 2010) Haneesah -ex-classmate Matric IIUM
(21 Jun 2010) Zaihan - member Steadfast batch 06
(25 Jun 2010) Mat Zuhair - sepupu
(28 Jun 2010) Kimie - ex-roomate n ex-classmate at IIUM

dan buat mereka yang turut meraikan ulangtahun kelahiran pada bulan ini.

Menurut kajian Dr Fadzilah Kamsah, mereka yang lahir pada bulan Jun ini mempunyai ciri-ciri berikut :-

JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Nur: Semoga Allah melindungi kami...

No comments: