Showing posts with label ::Ucapan::. Show all posts
Showing posts with label ::Ucapan::. Show all posts

05 December 2011

Selamat Hari Lahir

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku, 

Dedaun berguguran,
Membuktikan kedewasaan,
Walau tanpa madah dan hadiah,
Namun cukup untukmu sekadar ucapan…

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia, 

Awan berarak ceria tiada titisan hujan,
Pohon melambai tanda sokongan,
Kususuri perjalanan bertemankan senyuman,
Dihari lahirmu sahabatku,

Usiamu ibarat mutiara,
Tiada berganti lagi,
Hiaskan iman bersulam taqwa,
Agar sempat menuju haruman syurgawi, 

Selamat Hari Lahir,
Iringan doa kuhulur,
Bersyukur kepada-Nya,
Atas nikmat usia.

Nur: Semoga tercapai apa yang dicita-citakan. 

09 September 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..




Alhamdulillah, setelah sebulan menjalani ibadah berpuasa, hari lebaran yang dinanti kunjung tiba tanda kemenangan meraikan sebulan mujahadah di bulan Ramadhan. Semoga dengan latihan selama sebulan kembali memperkasakan disiplin diri kita dalam melakukan ibadah sehari-harian.Ingatlah, di waktu kita riang gembira menjamu juadah yang pelbagai, masih ada insan yang memerlukan. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada. 
Di kesempatan nafas yang masih ada, di kelapangan masa yang masih ada, izinkan aku memohon seribu kemaafan, andai ada tersalah bicara, terlepas laku dan terlanjur kata. Andai ada hutang lama yang masih belum terlangsai, segeralah dituntut di kesempatan yang masih ada ini. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Leraikan sengketa lama, hubungkan kembali tali persaudaraan. 
Salam Aidilfitri 1431H.
Ingatan tulus ikhlas,
Nur Qistina
10.32PM
09092010
Nur: Semoga Syawal kali ini lebih bermakna. ^^,

08 June 2010

Ucapan Ulangtahun Kelahiran


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat pembaca yang budiman..

Masih belum terlewat rasanya untuk aku 'post'kan entry ini. Khusus bagi mereka-mereka yang menyambut ulangtahun kelahiran pada Bulan Jun 2010 ini.

Buat Mama yang kusayangi, (6 Jun 2010)
Selamat ulangtahun kelahiran buat mama. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dan sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah Ta'ala. 



Dan buat mereka yang lain,

(10 Jun 2010) Mak Lang -adik Mama no3
(12 Jun 2010) Mak Cik -adik Mama no 4
(15 Jun 2010) Sakina - ex-rakan part-time workers
(20 Jun 2010) Azimah - ex-classmate Matric IIUM
(21 Jun 2010) Haneesah -ex-classmate Matric IIUM
(21 Jun 2010) Zaihan - member Steadfast batch 06
(25 Jun 2010) Mat Zuhair - sepupu
(28 Jun 2010) Kimie - ex-roomate n ex-classmate at IIUM

dan buat mereka yang turut meraikan ulangtahun kelahiran pada bulan ini.

Menurut kajian Dr Fadzilah Kamsah, mereka yang lahir pada bulan Jun ini mempunyai ciri-ciri berikut :-

JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Nur: Semoga Allah melindungi kami...