16 May 2010

Perhitungan Yang Pasti

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca..

'Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu'
Berakhir sudah debaran PIALA THOMAS. Malaysia telah kecundang dalam menempah tiket untuk mara ke peringkat akhir bagi merebut semula PIALA THOMAS. Harapan tinggal harapan. 18 tahun mengimpikan kejayaan merangkul kembali PIALA THOMAS, namun masih tidak berjaya. Tak mengapalah. Berusaha dan terus berusaha kerana kejayaan itu satu perjalanan. Bertabah buat skuad badminton tanahair.

Dalam PIALA ENGLISH FA  pula, Chelsea berjaya menjadi juara. Manakala perlawanan bola sepak antara negeri-negeri di Malaysia, Selangor vs Negeri Sembilan 4-2 dan Kelantan vs Terengganu 3-0. Apa lagi nak cerita ni? Sejak bila aku jadi ambil tahu tentang sukan ni? Entahlah. Angin Sumatera barangkali.

Rentak update pun seperti tak tahuan kata orang utara nya. Jadi, sampai kembali 'SEMANGAT' untuk meneruskan bicara sepi di Seindah Bicara Kasih ini. Jaga diri hiasai peribadi dengan IMAN dan TAQWA.

Nur: Dalam kesibukan kita mengikuti perhitungan antara yang juara  atau tidak adakah kita sibuk mempersiapkan diri dengan amalan yang membantu kita kelak di hari muka. Renung-renungkan wahai diri yang khilaf. 


'Ya Allah, jauhkan kami dari murka-MU' Amin~

No comments: