Assalamualaikum dan salam ceria buat semua...
Setelah bercuti hampir 2 minggu lamanya kini aku kembali ke Taman Ilmu dan Budi yang tercinta. Lama tu cuti. Rasa mau beku otak dah. Pagi ni akan hadiri satu kuliah saja. Lepas tu, seperti biasa mari berdansa! Hehe.
Bila aku tengok ticker kat header blog aku, dah tak lama aku akan berada di Taman Ilmu dan Budi ni. Tinggal 1 bulan 3 minggu dan 4 hari je. Pejam celik. Pejam celik. Sayonara~
Sedih ada, gembira ada, risau ada. Bercampur-baur rasa itu. Tapi, sebelum aku nak rasa sedih, gembira dan risau, aku perlu FOKUS untuk beberapa perkara terlebih dahulu. Kata lainnya menikmati sisa-sisa usia bergelar pelajar di Taman Ilmu dan Budi.
Awal Oktober akan diadakan majlis konvokesyen di Taman Ilmu dan Budi ini. Seharusnya menyaksikan aku turut serta bersama rakan-rakan, namun atas sebab aku lambat sedikit, [penangguhan satu semester sebelum ini] aku hanya mampu menyaksikan sahaja mereka pergi dahulu. Sedih.
Masing-masing dah sibuk mengajak aku turut serta bersama mereka. Aku tak dapat bayangkan apa rasa aku pada hari keraian mereka. Wahai hati, tabahlah. Masa itu akan tiba.
Tak mengapalah. Hatiku kupujuk dengan kata-kata semangat. Majlis konvokesyen akan datang, aku akan diraikan pula.
Tiba-tiba aku bercerita tentang majlis konvokesyen ini bukan apa. Seorang dari teman 'kira bintang' aku yang kini bergerlar pensyarah nun jauh di Kuching minta bantuan untuk ambilkan jubah konvonya. Oh hati! Tabahlah. Sedih kerana jubah itu bukan untuk aku. Sob. Sob.
Cukup cerita konvo. Kembali ke sekolah seperti biasa. Beberapa perkara untuk perhatian. Beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Kata lainnya, banyak perkara. Report SC. Submission SC. Assignment. Mid-term. Wah! Mau pengsan aku kumpul semua dan langsai dalam satu masa. Memang aku 'cemerlang lagi terbilang'. Siapa suruh kumpul banyak-banyak. Bila nak due baru nak sibuk kan? Waa....
Perkara penting yang aku perlu buat hari ni,
HANTAR BUKU YANG PINJAM KAT LIBRARY.
Ooh! Rajinnya aku meminjam buku sampai dah DUE DATE tarikh pinjamnya. Hari ni, kalau aku tak hantar juga. Bakal didenda. Kata lainnya, duit akan keluar bayar denda. Noooo. Kecing. Kecing sekarang ni kena urus betul-betul. Sementelah aku sudah tidak lagi bekerja 'part-time', bahagian untuk 'berfoya-foya' dah tak ada.
Minggu ni, ada Mid-Term Operation Management. Terpaksa ditangguh gara-gara dua mid-term bertindih. Cuti raya, buku pun cuti. Naik cuti, aku yang pening. Apapun, doakan aku agar segalanya dipermudahkan. InsyaAllah.
Nur: Rasa. Bercampur-baur. Pahit. Manis.
3 comments:
ohooo...
kamu kne ke skola tu ajk aki skali??
heheh...
xpe menimba ilmu sampai ke liang lahad... tanda nya ilmu kan penting...
da jom kembali ke sekolah!!!
gua suka bersenam
@ AKI:
a'ah ajak AKI sekali..sebab suka sangat ponteng sekolah ni..hehe..betul2..selagi ada daya, tuntutlah ilmu tanpa henti
@ hamzah ian:
saya pun suka senam juga..senam robik..tu kira senam jugak la kan?
^^,
Post a Comment