Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum buat semua pembaca yang budiman.
[Eceh! Ayat bodek kot-kot dapat duit raya nanti]
Jadi, macam mana dengan cuti raya kawan-kawan semua? Ada yang mungkin dah kembali ke 'sekolah', mungkin juga kembali bekerja seperti biasa. Hampir seminggu lamanya aku tak update blog. Kononnya aku nak jadikan alasan tak dapat internet connection kat kampung. Walhal, yang sebenarnya kat kampung aku ada internet nak dibandingkan dengan rumah aku. Kelas gitu.
Aku sudah kembali dengan semangat yang suam-suam kuku. Sejak dua-menjak ni perangai 'serabut' aku datang balik. Ini yang paling aku tak gemar. Bak kata orang 'pesyen camni yang tak best.' Aku pun tak tahu kenapa fi'il ni datang balik. Kawan-kawan doakanlah aku tenang dan bahagia sentiasa ya. Aku tak suka nak sedih-sedih dan serabut ni. Banyak benda aku nak kena buat dalam tempoh yang singkat ni. Assignment dah berderet-deret tunggu perhatian. Dah makin kurang kasih-sayang dah assignment aku semua tu. Masing-masing dah nak kejar due date masing-masing. *Sigh*
Sempena masih dalam mode raya ni, aku nak tanya korang beberapa soalan. Kalau sudi jawablah ya. Kalau tak sudi takpe. Aiman tak kisah. Sob.Sob.
1. Seronok tak raya tahun ni? [Apa beza dengan tahun sebelum ni?]
2. Main mercun ke raya tahun ni?
3. Banyak ke ketupat, rendang dan lemang yang korang 'sapu' tahun ni?
4. Duit raya banyak ke dapat?
Cukuplah 4 soalan tu rasanya. Kot-kot la ada yang sudi nak jawab soalan tu.
Nur: Sedih. Resah. Gelisah.
**Oh diri, usahlah bersedih. Berhentilah merasa resah dan gelisah.
No comments:
Post a Comment