21 September 2010

OSK Investment Challenge & Cerita Student

Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar OSK Investment Challenge ni bakal berakhir 1 Ocktober iaitu pada  hari Jumaat minggu hadapan. Ini bermakna aku mempunyai masa kurang dari 8 hari sahaja untuk mencapai target 3k itu. Entahkan berjaya entahkan tidak. Apapun, pada aku sebenarnya melabur ni macam nasib-nasib jugak. Bak kata pepatah, untung sabut timbul untung batu tenggelam.(Betul kan?) Hah! Lebih kurang begitulah. Ada kalanya kita untung yang banyak dan adakalanya kita menanggung rugi yang bukan sedikit.

Setelah hampir 5 minggu aku masuk OSK Investment Challenge ni, apa yang aku dapat simpulkan ialah, kalau kita mahukan sesuatu itu tak boleh dengan membuta-tuli sahaja. Kita harus TAHU dan faham. 

Nak komen banyak tentang benda ni pun aku tak tahu-menahu sangat. Yang aku tahu hanya login dan beli jual sesuka hati aku. Untung sedikit tapi rugi banyak. Mujurlah RM100k tu hanyalah virtual money. Andai kata duit sebenar, agaknya berapa banyak kerugian yang dah aku tanggung. 

Dalam kelas pun sir aku tak sentuh dah pasal game ni. Tapi, at the end aku percaya sir akan tanya juga berapa orang berjaya capai target RM3k yang disasarkan. Aku perlu usaha dengan keras untuk capai RM3k tu sebab markah subjek aku bergantung padanya. Doakan aku berjaya capainya dalam tempoh kurang 8 hari je lagi sebelum ianya berakhir.


***********************************


Cerita tentang aku hampir lambat ke kelas tadi, mujur aku sampai masa lecturer aku tengah sibuk distribute exam paper mid-term (Bank Marketing) hari tu. Alhamdulillah, aku berpuas hati dengan pencapaian kali ini. Moga ianya berterusan untuk kelas malam ni (Compensation Management). Mesti malam ni aku dapat mid-term exam paper juga. Berdebar-debar ni. Dup. Dab. Dup. Dab.

Oh! Untuk makluman, kelas aku hari Selasa dari seawal jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam. Nama pun pelajar yang berdedikasi dan berhemah. Eceh! Masuk lif tekan sendiri. Sekarang ni aku ada 2 lagi mid-term yang belum langsai hutang nak goreng-goreng jawapan. 

Operation Management - 25 September 2010
Investment Analysis - 27 September 2010

Mulai dari hari ini hingga exam habis, aku kena pulun baca buku. Senang-senang aku rebus je buku aku tuh. Minum airnya gerenti aku dapat full mark! Haha. Siapa pernah buat cara ni? Angkat tangan!

Kalau korang nak tahu, ni petua cikgu Geografi aku. Serius ni! Aku amalkan hampir tiap kali nak exam Geografi, aku sentiasa dapat A. Alhamdulillah. Eh! Korang nanti jangan nak rebus buku-buku korang pulak. Takkannya berjaya. Sebab teknik atau petua ni berkesan untuk aku je. Korang? Aku tak tahu la. Nak tahu hasilnya, cuba try test lah.

Nur: Saya suka hidup saya. Alhamdulillah...

No comments: