Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca..
Hari ni aku nak cerita tentang OSKIC lagi. Lama aku tak update tentang game ni. Nak tahu kenapa? Sebab aku dah make a LOSS dalam 4k. Terus aku merajuk tak nak main dah. Ingat kan target aku nak dapat berapa? 3k PROFIT. Tapi aku dah wat 4k LOSS, jadinya sekarang aku perlu make PROFIT sebanyak 7k. Jumlah makin bertambah. Sedih. Sedih.
Nak jadikan cerita, semalam bangun pagi-pagi je aku terus semangat nak invest semula. Dengan harapan aku dapat cover LOSS 4k itu. Alhamdulillah, mungkin kerana semangat untuk tidak putus asa itu muncul, aku berjaya cover LOSS 4k dan kini game portfolio aku dah kembali ke 100k semula. Kalau tak sebelum ni, sedih je bila aku tengok 96k. Syukur. Syukur. Jadi sebagai pengajaran pada aku, jangan mudah putus asa. Oh! Ya. OSKIC dah masuk minggu ke-3 transaksi berlaku. Tinggal lagi 4 minggu sebelum berakhir.
Aku masih punya masa 4 minggu untuk mencapai target aku. Moga-moga berjaya. InsyaAllah. Jangan putus asa. Apa yang penting? Kerjasama. Hehe. Bukanla. Yang penting adalah semangat yang jitu yang tak berkesudahan. So don't give up!
Nur: Semoga berjaya! ^^,
No comments:
Post a Comment