03 September 2010

Contest Kad Raya dan Kenangan Silam


Tada~ Hah! Siapa yang nak kad raya meh join Contest Kad Raya dan Kenangan Silam oleh Asyraf Hamasaki. Cepat-cepat. Tarikh tutup 4 September 2010.

Kad raya dapat berapa banyak tahun ni? 


Kenangan silam
 
5 Tahun yang lalu...

Pin. Pin. 

" Yay! Posmen dah sampai." Ina bersorak keriangan. Dari pagi lagi dia menunggu kedatangan encik posmen. Saban hari dia setia menanti kunjungan encik posmen tanpa jemu.

"Ni suratnya adik, " kata encik posmen seraya tersenyum melihat gelagat Ina yang riang sekali.

"Terima kasih." Sopan Ina menjawab.

Ina membelek-belek surat di tangannya. Hatinya hampa. Tak ada satu pun surat untuknya. 


***********************************


Seminggu kemudian..

"Ina. Oo. Ina." panggil Ifa kakaknya.

"Ya akak. Kenapa?" Longlai sekali Ina menyahut.

"Ni, surat untuk Ina," kata Ifa padanya.

Setelah 2 minggu dia menanti kiriman kad raya dari 'orang jauh' yang tak tiba-tiba, penantiannya berakhir.

Assalamualaikum..
Ke hadapan dinda yang dikasihi Allah selalu..

Tika kad raya nie dibaca mungkin kanda dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. Lama sekali kanda tak berutus surat dengan dinda. Maafkan atas kesibukan kanda di sini. Banyak yang perlu kanda selesaikan. Apapun, kanda bersyukur kerana masih punya kesempatan untuk mengirim kad raya buat dinda yang sentiasa dalam ingatan kanda.

1 syawal menjelma lagi. Takbir raya berkumandang di serata dunia menandakan kegembiraan yang dinanti. Berakhirnya Ramadhan yang bakal dirindui. Sama-samalah kita saling bermaaf-maafan antara satu sama lain. Moga tiada lagi sengketa antara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih..

Kanda ucapkan selamat bercuti, selamat meneruskan ibadah puasa yg tggl 7 hari nie, selamat pulang ke kampung halaman, selamat berhari raya, dan selamat segalanya..

Andai ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Andai ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN
 
Dari jauh,,
Kanda

Ina melepaskan nafasnya perlahan-lahan. Perlahan dikesat airmata yang mengalir. Kad raya itu disimpan rapi sejak 5 tahun lamanya. Kad yang terakhir dia terima dari 'orang jauh'. Orang yang kini sememangnya jauh darinya. 

'Kanda, semoga kanda berbahagia di 'sana'. Kini dinda mampu tersenyum setelah 5 tahun kanda meninggalkan dinda untuk selamanya.' 


Nur: Pahit manis hidup ini, hendaklah tabah menghadapinya.

4 comments:

Unknown said...

cdeynya bace.. huhu
xpe2.. t akan dapat kad raye dr tuan tanah lak yea

Asyraf Hamasaki said...

alam Nur Qistina,

Terima kasih kerana sudi menyertai ;-)
Penyertaan di terima
Kod peserta adalah 031
sila hantarkan alamat rumah * utk penghantaran kad raya *
di Email adress
asyrafhamasaki@gmail.com

Pieja said...

menarik :)

Nur Qistina said...

miszTERRA: bertabah! hidup kena ceria dan terus maju..

asyraf: sama2..tengah tunggu kat raya ni..hehe..

cik_SaLmaH: thanks..