10 September 2009

Pulang Bercuti

Bismillahirrahmanirrahim...
Hari ni, warga UIA masing-masing beransur-ansur pulang ke kampung halaman. Bagi mereka yang tiada kelas pada esok hari, tentunya saat ini mereka telahpun berada di dalam perut bas yang akan membawa mereka kembali ke kampung halaman yang dirindui sekian lama. Tapi aku? Masih setia berada di sini. Nape tak  balik lagi? Hah? Nak tahu kenapa? Sebab aku sayang nak tinggalkan UIA ni. Bergenang dah empangan air mata ni. Menanti saat waktunya untuk pecah je. Eceh! Haha. Tak la. Sebenarnya aku tunggu hari esok. Nak merasai suasana berbuka puasa bersama teman-teman yang mungkin ini merupakan kali terakhir berpuasa bersama di bumi UIA. Rata-rata mereka bakal bergelar graduan pertengahan tahun hadapan. Sedih pula bila mengenangkan UIA tercinta bakal ditinggalkan.
 
Bila pulang bercuti nanti, aku percaya masing-masing akan sibuk dengan persiapan raya. Ada yang mula sibuk mencari buluh di hutan untuk dibuat lemang dan termasuklah meriam buluh sekali (HAH! jangan main mercun. Kang hilang anggota badan, baru nak menyesal. Ingatlah pepatah mengatakan 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'. Jangan nasi dah jadi bubur baru nak menyesal.), daun palas untuk anyam ketupat, (Teringin nak rasa ketupat sotong-Ainun nanti jangan lupa wat untuk kita n Diyana tau. Hehe.) dan macam-macam lagi aktiviti yang bakal direncana dan dilaksanakan.
Tapi, jangan kita lupa bahawa dalam kesibukan kita membuat persiapan menjelangnya tiba hari lebaran, kita hanya berbaki 10 hari untuk menikmati suasana Ramadhan. Adakah kita bakal bertemunya lagi di tahun hadapan? Tiada siapa punyai jawapan itu. Justeru, ayuhlah kita gandakan ibadah dan amal kebaikan dan sama-sama kita capai impian untuk bertemu dengan Malam 1001 Malam iaitu malam Lailatul Qadar. InsyaAllah. Andai kita berusaha ke arahnya, pasti kita akan temui kejayaan. Kita telahpun bercucuk tanam, hanya nantikan hasilnya di kemudian hari.




Pulang bertemu ayah dan bonda,
Berbaktilah selagi punyai daya,
Selamat kembali ke kampung tercinta,
Berhati-hati di jalan raya.

Nur: Seronoknya cuti 2 minggu. Asyik3..
"Ya Allah, terima kasih atas anugerah tak terhingga dariMu."

No comments: