10 September 2009

090909- Siri 2

Bismillahirrahmanirrahim..
Welcome back! Seperti dijanjikan aku nak sambung story telling kita tadi. Ala-ala story telling competition gitu. Eceh! Nasib baik sempat sampai sebelum member tadi tunggu lebih lama. Tu pun muncung dah sedepa. Agak-agak boleh sangkut baju dah. Hah! Mengarut lagi. Okies. Back to story back. Apa yang menarik sangat kisah aku ni? Tak de la menarik pun. Just saje. Hehe.
Okies. Kita mulakan dengan hari selasa. Dengan kata lain adalah semalam. Cuba rujuk balik to do list entry. Nampak di situ ada iftar bersama STEADFAST. Hah! Bagus pun. Pandai cari kat mana. Anak sape la tu. Aish. Sudah-sudah. ( Teringat kat my little big bro- Syamim) Suka nak sebut ayat tu. Hehe.
Continue. Semalam, KAMI yang membawa maksud ahli-ahli STEADFAST ada majlis iftar bersama. Seronok sangat! Majlis dimulakan dengan tadarus Al-Quran beramai-ramai. Juz 30 yang dibaca. Alhamdulillah, usai 7.13 malam, bacaan disudahi dengan surah yang terakhir dari 114 surah iaitu An-Nas. Seronok sangat dapat sama-sama join dalam majlis ni. Teringat zaman khatam Al-Quran dulu, time tu dalam darjah 4 ke 5. Eh! Silap. Lupa pulak yang aku tak merasai zaman darjah 4. Terus melangkau ke darjah 5. Mula-mula susah jugak kawan-kawan nak terima. Al-maklumlah kita tak sekapal ngan mereka. But at last cam isi ngan kuku lagi U...Haha.
Time 7.13 malam tu, masing-masing sibuk untuk mengambil juadah berbuka. Best menunya: Ayam rempah 'kot' + Kubis + Nasi putih + Tembikai (Petani berjaya-hasil dari tuaian di FarmVille ku..Hehe..)
Allahuakbar..
Allahuakbar..
Cepat-cepat baca doa. Dah buka puasa ni. Alhamdulillah, masuk hari ke-18 kita semua menunaikan ibadah puasa di bulan  Ramadhan yang mulia ini. Majlis diteruskan lagi dengan solat Maghrib berjama'ah. Syahdu sekali suasana tika itu. Benar kata orang, sebaik-baik pekerjaan adalah secara berjama'ah. Kemudian, sesi perkongsian rohani dengan Bro Khairul Zain. Topik yang dikongsi adalah Masalah dan Manusia. Beberapa isi yang dapat dipetik di sini. Manusia seringkali terburu-buru dalam membuat tindakan. Di mana mereka bertindak dan kemudian baru berfikir. Seharusnya, apa yang perlu dilakukan adalah FIKIR DULU SEBELUM BUAT. Teringat iklan 'FIKIR DULU SEBELUM BUANG'. Hah! Apa lagi, bukankah kita telah diwar-warkan dengan semua itu. Cuma mahu atau tidak saja untuk dituruti.
Usai solat terawih, sesi mass gathering dijalankan. Time ni, ahli-ahli Steadfast diuji sejauh mana pengetahuan mereka tentang Steadfast, IIUM, pengetahuan agama, pengetahuan am, dan kreativiti mencipta slogan.
Ramadhan will make me rest, refresh and recharge my soul as a Muslim. 
Yes! That was from me. I love to take rest, refresh back my memory and recharge back my soul, so that i can make my today better than tomorrow and toworrow better than today. Ahha! Details plak kisah ni. Tapi takpe, aku nak teruskan lagi. Supaya aku sendiri dapat membaca catatan kasih ini hari demi hari sebagai semangat bagi diriku melalui liku-liku kehidupan ini.
Yay! Hari ni, K.A.M.I (Cak, Una, Afsa, Jat) berbuka puasa bersama. LOVE u guys. Dah besar panjang dah kawan-kawan aku ni. Al-kisahnya, plan begini-begini dan akhirnya jadi begitu-begitu. Haha. Apa agaknya ya. Kempunan Cak nak makan tomyam kat cafe Mahallah Agam ni. Takpe masih ada lebih kurang 6 bulan lagi ko di sini. Sempat nak merasa. And kat bawah ni, presenting K.A.M.I kini. Untuk K.A.M.I yang lama, i will post the picture later kay. Aku akan buat satu entry khas akan perjalanan kami sepanjang duduk sebilik. Eceh!
                           
~Credit to Cak for this lovely pic ~
Sambung lagi ke untuk 090909 siri ke-3? I think the answer was NO. Coz this all that i wanna shared wif u guys. I'm happy knowing nice, lovely, kind-hearted friend in this lovely place which is Garden Knowledge and Virtue. Di bumi inilah banyak mengajar aku akan 1001 ragam manusia. Yang mana kawan tika susah, yang mana kawan tika senang, dan yang mana kawan DULU, KINI dan SELAMANYA, iaitu sahabatku dunia dan akhirat.
Nur: Indahnya hidup ini jika semua kegembiraan dikongsi bersama. Alhamdulillah, puji-pujian buatMu atas anugerah sahabat yang memahami dan menerima diriku seadanya.

No comments: