Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamulaikum kawan-kawan yang kusayangi sekalian...
Begitu cepat sekali Ramadhan berlalu. Di mana hari ini merupakan hari yang ke-21 kita semua menjalani ibadah puasa. Tak terasa Ramadhan kian meninggalkan kita dek kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Dengan mengejar due assignment, mengulangkaji pelajaran, sedar-sedar tinggal 9 hari lagi untuk kita merebut peluang nikmatnya bulan yang paling mulia antara semua bulan.
Ayuh! Gandakan usaha kita dan pertingkatkan amal ibadah. Jangan dek kerana mengejar urusan duniawi, bekalan ukhrawi kita tinggalkan dan abaikan. Wahai orang yang beriman, bahagilah masa kalian dengan bijak. Antara yang mana keperluan dan kemahuan, bezakanlah. Kelak, kebahagiaan akan sentiasa mengiiringi hidup kalian. Amin...

No comments:
Post a Comment