09 September 2009

090909

Bismillahirrahmanirrahim...
Tarikh yang cantik dan unik 09.09.09. Ada apa dengan tarikh ini agaknya? Ramai yang menanti akan tibanya hari ini. Pelbagai perancangan yang mereka ingin lakukan. Dan aku? Seperti biasa hari-hari yang dilalui dengan suasana penuh kedamaian dan keharmonian. Eceh! Ya. Memang itu yang sebetulnya.
Seawal jam 2.00 petang (awal ke?) perjalanan hidupku sebagai seorang mahasiswi bermula. Menuju ke kelas EAP dan diikuti kelas LAW. Apa yang seronok akan kedua-dua kelas ini, selalu habis kelas awal. Yay! Itu yang kami selaku pelajar mahukan. Hehe. Tiada bantahan. Pernah ke anda apabila lecturer habiskan kelas awal anda merungut. Siapa yang kata pernah angkat tangan! Jawapan yang amat sukar sekali untuk kita temui. Benar kan kawan-kawan?
Alhamdulillah, hari ini macam-macam urusan dapat diselesaikan. Submit slip yuran (Dari 1st year hingga sekarang, seakan-akan menjadi tabiat untuk bayar yuran lambat) Jangan contohi perilaku ini. Bahaya untuk kesihatan anda. Aish. Mengarut apa ni.
Banyak lagi yang aku nak cerita tentang apa yang berlaku hari ini. Dan mungkin juga dalam satu minggu ni. Tapi, masa mencemburui aku. Eceh! Gaya pemidato pulak dia. Bukan itu yang sebenarnya. Jap lagi aku akan ada iftar ala-ala reunion dengan ex-romate MCIIUM KC 921. Jadinya perlu bersiap. Salah seorang dari mereka dah dok panggil-panggil aku. Kang sape yang jenuh nak pujuk kalau bukan aku. Hah! Kan dah jadi satu keje. Okies. Nanti aku sambung lagi ya. Nantikan 090909 siri 2. Daa~
Nur: Happy. Happy. Happy. Alhamdulillah...=)

No comments: