Alhamdulillah, selesai sudah semua mid-term exam untuk semester ini. Usai kertas Malaysian Business Law berakhir, aku menuju pulang ke mahallah nun di atas bukit yang tersergam indah di Taman Ilmu dan Budi ini. Dalam perjalanan pulang, satu panggilan telefon diterima.
Mama
016*******
Calling
Mama: Assalamualaikum..
Aku: Wa'alaikumussalam..
Mama: Tengah watpe tu?
Aku: ODW balik mahallah. Baru habis exam. Nape ma?
Mama: Nak balik rumah tak? Nak balik abah nak amek ni.
Abah: Balik la. Cuti 4 hari kan? Abah amek b4 jumaat. Abah jumaat kat sana.
Aku: Okay.
Untuk cuti 4 hari (Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin) aku berada di rumah tercinta. Walaupun minggu lepasnya dah balik rumah (Pada asalnya xtau nak keputusan), minggu ni juga aku balik juga. Homesick? Taklah. Since ada peluang untuk balik, balik je la kan. Tambahan pula, di bulan Ramadhan ni, boleh dikatakan aktiviti persatuan hampir tidak ada (Ada pun 'rajin' sangat nak pergi).
Pada malam Jumaat, aku meminta kebenaran daripada abah untuk keluar keesokan harinya bersama adikku yang ke-4, menemaninya ke Masjid Jamek bagi membeli keperluannya. (Kopiah Raihan yang teramatlah susah untuk dicari).
Aku: Abah, orang nak gi Masjid Jamek ngan Syakir esok boleh tak?
Abah: Nak watpe?
Aku: Syakir nak beli kopiah dia.
Aku: Alaa..Hm..Okay la..
Esoknya, ayahku membenarkan aku pergi ke Masjid Jamek. Dengan menaiki LRT dari Taman Jaya, menuju ke Masjid Jamek. Tiba di Masjid Jamek, ramainya orang tak usah cakapla. Dari satu kedai ke satu kedai dikunjungi, namun, kopiah yang dicari tidak ditemui.
Aku: Syakir, aku cari tudung dulu la.
Syakir: Okayla.
Tambahan pula, adikku kelihatan seperti penat. Mungkin tidur lewat malam tadi barangkali. Disebabkan terlampau ramai orang, jumpa sahaja tudung yang agak-agak serasi dengan citarasaku, terusku beli tanpa banyak soal.
Pulang ke rumah jam 5.20 petang.
Nur: Jujur itu perlu dalam kehidupan. Hilang kejujuran maka hilanglah kepercayaan.



No comments:
Post a Comment