12 September 2009

Gombak-Shah Alam-Melaka-Gombak-Shah Alam

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca Seindah Bicara Kasih..
Kali ni, aku ingin menceritakan tentang perjalanan pulang bercuti ke rumah tercinta tentunya. Yay! Ketika aku menulis ini tentunya aku sedang berada di rumahku syurgaku. Amin... Mungkin tak pernah lagi aku bawa kalian kembara ke rumah tempat aku dibesarkan selama ini. InsyaAllah, satu hari (yang tak pasti bila) aku akan bawa kalian kembara mengenaliku dengan lebih dekat.
Okies! Berbalik pada tajuk kita pada hari ini iaitu, dari Gombak menuju ke Shah Alam. Dari Shah Alam menuju ke Melaka kemudian ke Gombak dan kembali ke Shah Alam. Penat kan? Tapi bukan aku yang memandu pun. Entah bila agaknya boleh memandu. Al-maklumlah, masih di bawah 'umur'. Sedih. Sedih. Takpe la kan? Isk..Isk..
Kembali pada cerita asal. Jam 11 pagi adikku menelefon dan bertanya ' Nak ikut gie PKNS tak?'. Aku terus jawab tak nak. Ye lah. Pada jam 11 juga aku ada satu meeting yang perlu dihadiri. Tapi, taklah wajib. Konon-konon ahli yang komited nak la pergi ke meeting tu. At last, aku terfikir ' Lepas diorang gie PKNS takkanlah semata nak patah balik ambil aku kemudian baru teruskan perjalanan ke Melaka.' Terus aku buat keputusan untuk turut serta ke PKNS.
Hah! Apa agaknya yang terjadi di sana? Apa lagi, membeli-belah la. Hehe. Nak dijadikan cerita, aku baru lepas dapat gaji (Part-timer di cyber cafe Mahallah), apa lagi aku pun turut serta dalam acara sesi beli-belah tu. Sepasang kurung Pahang dan 3 helai tudung menjadi sasaran. Ok la tu kan? Yang bestnya warna kurung Pahang tu adalah hijau. Warna flora lagi. Eceh! Walaupun aku sebenarnya menyukai warna merah (Patutlah garang kan? Garang ke aku? Heh!), tapi sedikit demi sedikit aku terdidik dengan warna hijau. Tapi apapun semua warna yang cantik aku suka! Ya lah. Semua orang suka pada sesuatu yang cantik bukan?
Usai baju yang mereka (tunang adik dan kawan dia) cari ditemui, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Sepanjang perjalanan, pelbagai isu dibincangkan. Termasuklah isu yang mengejutkan aku seawal jam 4.26 pagi. Manakan tidak, seorang teman seuniversiti menghantar SMS ' Betul ke student 2nd year and 3rd year kena duduk luar?'. Apa kes la diorang ni nak halau pelajar-pelajar duduk luar kampus pulak. Bukankah masih mampu nak tampung semua pelajar duduk di dalam kampus? Apa lagi alasan diorang kali ni? Ada je yang tak kena. Pembaharuan yang mungkin bakal menyusahkan mereka dan pelajar sendiri. Hmm.. (Tapi, aku terselamat kerana telahpun berada di tahun akhir pengajian. Nasib mereka yang lain? Adakah terbela?)

Dalam jam 6.15 petang kami tiba di Melaka. Singgah sebentar membeli sedikit juadah tambahan berbuka puasa, kemudian menghantar kawan kepada tunang adikku. Tiba di rumah tunang adikku pada jam 6.50 petang. Dalam perjalanan tadi pengumuman berbuka puasa 'Bagi seluruh Negeri Melaka, waktu berbuka adalah pada 7.13 petang.' Yay! Buka awal. Hehe. 6 Minit awal je pun dari kebiasaan. Jom berbuka! Selesai berbuka, solat Maghrib ditunaikan. Berehat sebentar, sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Gombak semula. Hah? Ni apa hal pula balik ke Gombak? Bukan patut balik ke Shah Alam ke?
Ni yang aku nak cerita la ni. Time angkat barang nak masuk kereta, adik aku cakap, dah tak muat nak sumbat dah. Adeh! Macam mana ni soalku pada adikku? Nanti patah balik ambil barang kamu ni la.Hah! Itula ceritanya. Barang 5 orang. Memang tak muat. Laptop dah sorang satu. Ada barang-barang lain lagi. Hah! Dah tak muat. Senang cerita, patahlah balik semula kan? Betul3 (nada Upin dan Ipin).
Time nak bayar tol di Tol Duta: RM 2.30. Aku dah mula pelik. Ye la. Biasanya RM 2.60. Tengok jam kat dashboard dah pukul 12.08 pagi. Patutlah pun, rebat 5 % dari jam 12.00 pagi- 7.00 pagi. Tol kedua yang sepatutnya RM 1.10 hanyalah RM 1.00. Jimat 40 sen kan. Hah! Begitulah kisahnya perjalanan pulang cuti semester dan cuti Aidilfitriku kali ini. 
Nur: Seronoknya la cuti 2 minggu. Asyik3..=)

3 comments:

Ain bintu Amir said...

erk tipuu tak cukop umo takleh drive.
aku leh je..
hehe

Nur Qistina said...

haha..
bukan xcukup umo tu..
jpj kat umah xlepas..
isk..isk..

Ain bintu Amir said...

tau xpe.
kite sebaye kan.. tu aku pelik reason ko ngelat drive tu..
wakaka :P

ala, bole punye pasni.
wat tol2 kay. chaiyok! :)