16 September 2009

Akhir Ramadhan-Checklist

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum buat semua pembaca...
5 Hari lagi, Ramadhan akan meninggalkan kita. Begitu cepat sekali masa yang berlalu. Apakah kita masih berpeluang menghadapi Ramadhan yang akan datang? Doakan agar sama-sama kita masih berpeluang menemui Ramadhan yang akan datang. Amin..
Sepanjang 25 hari kita menjalani ibadah puasa, cuba kita senaraikan kembali, apakah yang telah kita lakukan. 
Khatam Al-Quran = Berjaya @ Tidak
Bersedekah = Pernah @ Tidak
Terawih = Penuh @ Tidak
Berlebih-lebihan dalam berbelanja = Pasti ada!
Tidur yang berlebihan = Pasti ada!
Berkata-kata yang tidak elok = Pasti ada!
Dan pelbagai lagi yang mungkin telah, sedang, atau akan kita lakukan tanpa sedar, sengaja mahupun tidak. Ayuh! Mari kita bersama-sama muhasabah kembali akan perlakuan kita selama ini. Adakah kita berjaya menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna dan berharga dari yang sebelumnya? Fikirkanlah wahai temanku sekalian.
Nur : Ramadhan kali ini amat bermakna dengan kehadiran insan tersayang di sisi...=)

No comments: