Part 2
Sesi temuduga berjalan dengan begitu lancar sekali. Soalan demi soalan yang diajukan aku jawab dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Pelbagai isu yang disoal termasuklah isu yang hangat ketika itu tentang perlantikan Dato’ Seri Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad. Selain itu isu hangat yang dimuatkan dalam media massa mengenai perkahwinan penyanyi popular tanahair Siti Nurhaliza dengan Datuk K.
‘Kenapalah isu ni yang diorang tanya. Cubalah tanya isu yang menarik dan mampu buka minda sikit,’ getus hatiku.
‘ Qina, kenanya Kak Syifa’ tanya tentang isu-isu global sekarang ni, pasti ko tak boleh jawab. Bersyukurlah sikit dengan soalan yang mudah tu,’ hatiku dan mindaku saling bertingkah ingin menegakkan pendapat masing-masing.
“Okay, adik Ain Syauqina binti Ahmad Syamim, cantik nama ni. Akak rasa cukup sampai sini sesi temuduga kita. Soalan yang terakhir, Qina yakinkan kenapa kami harus memilih Qina sebagai ahli baru Steadfast dengan kata lain menjadikan Qina sebahagian daripada family ni,” Kak Syifa’ bersuara sambil melirikkan matanya ke Abang Yasin.
‘Macam ada pape je akak ngan abang dua orang ni,’ aku membuat andaian sendiri.
“Qina..Qina..Ain Syauqina binti Ahmad Syamim?” Kak Maria memanggilku. Aku tersentak mendengar namaku disebut. Aku cepat-cepat mematikan andaian yang bermain di fikiranku.
‘Penuh tu panggil nama aku. Senang kot nak sebut.’
Dengan lagak salah seorang peserta The Apprentice aku meyakinkan ketiga-tiga ahli panel di hadapanku dengan menyatakan sebab mengapa mereka harus menjadikan aku sebagai ahli Steadfast.
“Saya Ain Syauqina binti Ahmad Syamim ingin menyatakan dua sebab kenapa saya harus dipilih. Pertama kerana minat saya datang ke sesi temuduga ini walaupun tanpa ditemani kawan-kawan kerana di sini saya percaya kebanyakan mereka yang hadir adalah kerana adanya kawan. Tapi saya bukanlah mereka, saya hadir atas pilihan sendiri, atas kemahuan sendiri berbekalkan keyakinan bahawa saya akan dipilih. Kedua kerana saya yakin saya mampu menjadi seorang ahli yang baik dan mampu memberi sumbangan dari segi masa dan tenaga bagi memastikan motto Steadfast dicapai “Aslih Nafsak Wad’u Ghairak” yang bermaksud “Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain”. Akhir kata ingin saya tegaskan sekali lagi, pilihlah saya sebagai salah seorang ahli Steadfast.”
No comments:
Post a Comment