Bismillahirrahmanirahim...
Assalamualaikum...
Rasa macam lama blog ni ditinggalkan tanpa dijenguk. Mesti blog ni dah merajuk dengan tuannya.Tapi takpe lepas ni aku janji untuk rajin-rajin untuk mengupdate blog ni dengan penuh kasih-sayang. Eceh! InsyaAllah. Since permintaan dari 'Guest' untuk mengetahui update bulan Mac ni aku akan post entry yang panjang. Supaya kekecewaan pengunjung setia blog 'Seindah Bicara Kasih' terubat. Wah.. Bukan main ayat ye. Macam nak pujuk buah hati yang merajuk je gayanya.
Bulan Februari yang lalu pada aku bulan yang sangat sibuk. Sibuk dengan pelbagai aktiviti sebagai pelajar tentunya. Hinggakan hampir sebulan aku tak balik ke rumah tercinta. Alhamdulillah pada hari Sabtu yang lalu aku mendapat peluang untuk pulang ke rumah.Guess what? Balik-balik je tengok susun atur perabot dalam bilik yang aku kongsi dengan adik perempuanku berubah. Rasa geram pun ada. Mana taknya susun atur yang padaku tak sesuai dengan laluan masuk yang terhalang dengan katil dan almari. Tapi kata-kata dari abah megusik tasik hatiku.
"Lagi 5 tahun kamu dah ada rumah sendiri buatlah apa yang kamu suka. Adik kamu dah try nak buat perubahan."
Kata-kata dari abah menyedarkan sesuatu. Umur yang makin meningkat dewasa dan satu hari nanti aku pasti akan meninggalkan rumah yang ku huni hampir 10 tahun lamanya itu.Entah kali ke berapa kami sekeluarga berpindah pun aku tak pasti dan Alhamdulillah akhirnya kami mempunyai rumah sendiri. Pelbagai perubahan yang telah berlaku. Baik dari segi dekorasi dalam rumah itu sendiri mahupun ahli keluarga yang semakin bertambah. Seawal usia rumah tu diduduki pada tahun 1999, bilangan ahli keluargaku yang baru bertambah ke angka 8 orang dan seterusnya 6 tahun selepas itu bertambah kepada 9 orang.
Permulaan entry yang sedih. Sesedih hati tuan blog ni pada saat menaip entry ni.Let's change our mood.
Steadfast..Sucikanlah dirimu dan serulah yang lain. Aku menyertai family ni tanpa paksaan dari sesiapa. Tanpa mengenali sesiapa pada waktu itu.Tapi semua hanya pada ketika itu. Pada ketika ini aku punyai ramai teman-teman yang sama-sama memperjuangkan motto Steadfast dalam menyucikan diri dan menyeru yang lain. Banyak pengalaman dan aktiviti yang telah aku sertai. Pelbagai ragam yang telah ku lihat dalam family ni. Pelbagai kisah suka-duka yang berlaku sepanjang aku bergelar salah seorang dari ahli keluarga Steadfast. Steadfast padaku memberi aku satu peluang dalam mengenal hati budi manusia.
Januari berlalu pergi. Februari berlalu pergi. Kini Mac menjelmakan diri. Kesibukan pada bulan Mac bakal berganda. Assignment and presentation semakin mengejar due.
Info 2501- Presentation Business Intelligence
( to be present on 4 Mac 09 )
Mgt 4110 - Presentation with report
( to be present on 11 Mac 09 )
Mgt 4110 - Interview Manager with report
( to be submit on 16 Mac 09 )
Econ 3410 - Term Paper
(to be submit on 16 Mac 09 )
Mgt 4820 - Presentation with report
( to be present on 18 Mac 09 )
Another Mid-Term exam, Test and Quizzes to be answered...
Bulan Mac juga mesti menyibukkan diri untuk bersedia bagi menghadapi final exam. For the first time in my student's life at IIUM will attend decentralized exam. How it should be agaknya? Untuk jadual final exam i'll tell u guys later la ye.
Sebelum tu, di sini aku ingin merakamkan jutaan terima kasih pada teman-teman yang selalu melawat teratak burukku ini. Atas sokongan kalian aku terus untuk menulis dan mengupdate entry dalam blog ni. Walaupun pada asalnya blog ni ditubuhkan adalah sekadar untuk meluahkan apa yang ku rasa dalam hati ini. Seindah bicara yang dipenuhi dengan kasih-sayang tentunya. Melahirkan apa saja rasa yang terkandung dalam hati ini. Suka, duka, sedih, gembira, pilu, terluka, dan sebagainya. Bila dicampur adukkan semua rasa itu akan dirasai keindahan sebuah kehidupan yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t.
Hidup ini tak semuanya indah seperti yang kita jangkakan. Tapi tanpa kita sedar kehidupan yang telah kita lalui yang pada mulanya penuh dengan kepahitan telah membawa kita pada sebuah kemanisan yang bakal dikecapi buat selamanya. Janganlah kita tutupi keindahan yang kita bakal lalui itu hanya disebabkan sedikit kepahitan yang bakal merosakkan keseluruhan keindahan hidup ini.
Again nak cerita about my family. About adikku yang bongsu Ahmad Syamim bin Hamdan. Berusia 5 tahun.
Amim: "Abah, nanti berhenti kat N R ye."
Abah: "Ok."
Amim : "Che' nak makan kat restoran Lalu Lintas."
Aku: "Hah?! Lalu lintas? Bukanlah Amim. Jejantas."
Amim: "Lalu Lintas. Lalu Lintas."
Aku dan adik-adikku yang lain tergelak dengan sebutan Amim. R n R dikatanya N R. Jejantas dikatanya Lalu Lintas. Ade je Amim ni. Tiap kali balik aku mesti jadi sasaran untuk bergusti. Lama-lama bakal ganti Mike Tyson (betul ke ni? layan..) adik aku ni.
3 comments:
Mike tyson main tinju.. Bukan gusti...
Mike tyson tu tinju.. Bukan gusti...
Alamak..salah ek?*blushing*
Pepun layan~
Post a Comment