Bismillahirrahmanirrahim...
Terasa lama xupdate blog. Aku gagahkan juga diri untuk mengarang seberapa baik yang mampu untuk tatapan pembaca dan pengunjung setia blog Seindah Bicara Kasih ini. Jika dulu, mudah bagiku untuk berkongsi dan meluahkan apa sahaja yang terbuku jauh di lubuk hatiku. Kini, semua itu tak mungkin akan berlaku seperti dulu. I wish that i won't cry. Hanya aku yang tahu kenapa. Biarlah semuanya aku kunci dan simpan sekemas yang mungkin dalam diriku. Sedih bercampur pilu. Banyak yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Dugaan demi dugaan. Tabahkan hatimu. Tabahkan hatimu.
Wahai air mata, berhentilah mengalir. Jangan biarkan emosi menguasai dirimu. Wahai hati, bersabarlah. Jangan biarkan situasi terus melukaimu.
Aku ingin kebahagiaan dan keharmonian seperti dulu. Aku ingin keceriaan dan kegembiraan kekal sentiasa. Tapi aku tahu, aku tidak seharusnya tamak untuk memiliki semua itu. Mungkin semua itu berada pada insan lain. Tapi, aku tetap ingin menjadi tamak dalam situasi diriku sekarang.
Aku enggan air mata menemani diriku. Aku enggan membiarkan hatiku digores kembali. Ya Allah, aku memohon padaMu, kembalikan keceriaan, keharmonian, kedamaian, ketenangan, kebahagiaan. Biarkan aku tamak dalam mengecapi semua ini. Enggan aku untuk menghiraukan semua kata-kata yang menyakitkan.
Stop it! Be strong! I know you well and better. Stop crying my dear......
Nur: "Ya Allah, ujian apa yang kau datangkan pada hambaMu ini?"
No comments:
Post a Comment