30 December 2011

Bulatkan Hatimu

Bismillahirrahmanirrahim..

Rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di dalam teratak maya usang ini. Sejak dua menjak ini begitu banyak khabar gembira yang aku dengar dari teman-teman dan kenalan-kenalanku.

Berbondong-bondong memilih untuk menamatkan zaman bujang masing-masing dan melangkah ke fasa yang baru. Dan yang telahpun dalam ikatan perkahwinan, mula mengembangkan empayar masing-masing. 

Tidak putus-putus berita yang kudengar dan baca di laman sosial dengan status masing-masing mengkhabarkan khabar gembira. Syukur. Alhamdulillah. Aku jua turut gembira dan mendoakan yang terbaik buat mereka. 

Ini adalah masa mereka dan masa buatku juga akan tiba. Tekadkan azam dan bulatkan hati dengan menanam keyakinan yang jitu pada takdir Illahi. 

"Tidak semua yang kita inginkan dapat dikecapi. Tidak semua yang dikecapi adalah yang diinginkan. Ada yang kita inginkan tidak perlu bagi kita kerana semua yang dikecapi sudah cukup bagi kita. Belajar untuk bersyukur agar suatu ketika kita berterima kasih kerana tidak memperolehi apa yang diinginkan kerana DIA lebih mengetahui apa yang perlu untuk kita kecapi."
Yakinlah, masanya akan tiba. Cuma sebelum hadirnya saat dan ketika itu, bulatkan hatimu dan serahkan keyakinanmu pada takdirNya. 
Nur: Moga segalanya dipermudahkan...
 

No comments: