Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum kepada semua pembaca. Wah! Bila berada di Taman Ilmu dan Budi ni rasa bukan main semangat nak update blog. Hihi. Kerana di sini segalanya bermula. Alhamdulillah, life sekarang sangat2 bahagia dan menyeronokkan. Setelah diijabkabulkan dengan pilihan keluarga, hidup semakin tenang gitu. Eceh! Maklumlah ada yang sayangkan kita. Hari2 nak cakap I Love You pun tak salah. Hihi.
Back to original story. Setelah hampir 4 tahun meninggalkan dunia belajar, rasa untuk sambung belajar itu memanggil2. InsyaAllah,cita-cita yang tertangguh selama ni bakal dilaksanakan. Setelah menimbang tara pelbagai pros n cons, tanya pendapat Abah n Encik Hubby tersayang, IIUM kembali menjadi pilihan di hati untuk sambung belajar. Master in Islamic Banking and Finance here I come.
Plan nak jumpa lecturer dah lama asyik tertangguh je. Hari berkesempatan pie Taman Ilmu dan Budi. Owh ya, dah berubah wajah dah air pancut di tengah2 bulatan yang selama ini menjadi mercu tanda. Kalau dulu Batu Bersurat Iqra' kini digantikan dengan Keris. Wajah baru, semangat baru mungkin. Di sini pun dah banyak yang berubah. Tidak macam dulu. 4 tahun ditinggalkan, macam2 perubahan yang berlaku.
Psst..kandungan sekarang telah mencecah 30 minggu. Owh! First update pasal saya preggy. Hihi. Bersaing rapat dengan my besties Faradilla Mohd Hamdan. Beza hari kami nikah 5 hari tapi beza kandungan kami 3 minggu. Subur ko Farah! Ngee.
Kaki dah mula rasa cramp. Pinggang kadang2 sakit. Selera makan bertambah2. Hihi. Tapi jangan terkejut kalau aku kata lepas nikah aku turun berat badan. Kalau sesetengah orang berat badan adalah rahsia. Tapi, tidak bagi aku. Berat masa nikah 68kg (bahagia mungkin) sebab nak kahwin dan meninggalkan alam bujang. Alam ALONE. Hihi. After preggy and now di usia kandungan 8 bulan berat aku 61kg. Haaa. Nak tips turun berat badan dengan cepat ke? Nanti2 la aku share ek, Hihi,
\
Barang2 baby sikit2 beli. Jadi tak la terasa sangat keluar duit. Kalau totalkan semua mau terduduk gak kalau nak keluarkan serentak. Barang2 baby dah beli sikit2 since dari kandungan 5 bulan lagi, Start dengan pie Warehouse Pureen kat Glenmarie. Sambar hampir 12 pasang baju dan 4 helai baju sahaja hanya dengan RM80. Sangat2 berbaloi!
Lepas tu mula kumpul sikit2 barang yang lain. Masa pie jalan-jalan di Kelantan menghadiri walimah kawan Habibi, sempat singgah Rantau Panjang. Kat sana beli tilam baby dan kelambu baby dengan hanya RM50. Gambar? Hihi. Nanti2 la ya update entry khas.
So many things to be shared with. Rindu berblogging macam zaman study dulu. Rasa down ke happy ke apa ke semua luah kat sini. I'll come back for real. Hihi.
Salam Sayang,
Nurun Najat Hamdan
p/s: dah takde guna nama samaran dah. peace. ;)
Belanja gambar nikah n kawen di kedua-dua belah pihak sikit! Hihi.



No comments:
Post a Comment