Assalamualaikum buat kawan-kawan...
Hari ni as usual menghadiri kuliah seperti biasa..Tapi yang amat menyedihkan dan menyebabkan fikiranku memberat dengan assignment yang tak putus-putus memerlukan perhatian dariku..Hinggakan adakalanya aku tak mampu mengejar due yang diberi..Rasa sedih dan kecewa..Tapi aku pujuk jua hatiku..Dah cuba yang terbaik dan yang termampu..
Thanks to Zahra coz ajak aku meronda-ronda sambil cuci mata kat CAC..Sebaik saja kakiku melangkah masuk ke CAC seolah-olah segala tekanan terbang dan hilang..Dan fikiranku makin ringan..Walaupun hanya seketika cuma..Aku amat bersyukur..Jika ku kumpul tekanan hari demi hari..Mampu migrain jadinya..Walaupun aku tak pernah berhadapan dengannya..
Kadang-kadang aku tertanya..Bila agaknya aku mampu menyusun hidupku dengan aturan yang sepatutnya..Bukanlah bermaksud kehidupanku tidak teratur..Tapi aku merindukan saat-saat di mana aku bebas berbuat apa sahaja yang aku minta tanpa ada sekatan dan halangan dari segi masa..Pernah temanku berkata jika tidak sibuk bukan kehidupanlah namanya..Benarkah kata-katanya itu?(thinking)
Again..Hari ini juga mendapat tugasan baru..Bila agaknya semua ini akan berakhir?Baik aku jangan fikirkan tentangnya..Jika tidak makin serabut jadinya..Akan bertambah kucar-kacir lagilah kehidupanku yang sedia-ada..Teruskan dengan melaksanakan semampu dan sebaik yang mungkin..Jika dirimu pasti dan yakin dengannya..Kamu pasti boleh melakukan..
"Ya Allah..permudahkan urusan seharianku ini..Amin.."
No comments:
Post a Comment