Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang penuh dengan warna-warni kehidupan..Pandang ke belakang dan lihat ke depan..Apa agaknya yang telah dan bakal kita lakukan pada semalam dan esok..
"Jika hari ini lebih baik dari semalam maka beruntunglah kamu.."
Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..
Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati
dan dibuktikan dengan amalan… Seringkali kita menolak untuk hidup dalam derita dan kedukaan..Malahan ketika semua itu berlaku kita amat mengharapkan akan keajaiban untuk berlaku yang mampu mengeluarkan kita dari zon kegelapan itu..
No comments:
Post a Comment