Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

20 March 2009

~nAsIhAt aBaH~



Assalamualaikum...

Bukan mudah untuk memuaskan hati semua orang. Tak semua perlakuan yang lahir pada pandangan mata manusia benar. Ada kalanya begitu cepat mereka menghukum seseorang tanpa memberi peluang pada mereka menjelaskan hal yang sebenarnya.

Pinjaman...
Dunia ni hanyalah pinjaman..
Apa yang Allah beri sekelip mata
Dia boleh ambil bila-bila masa je..

Selagi kita masih dapat peluang itu..

Gunakan sebaik-baiknya..
Kadang-kadang..
Manusia sering menggunakan apa
yang diberi untuk kepentingan diri..

Tanpa memikirkan orang lain..

Natijahnya pada orang lain..
Apa yang diketahui..
Hanyalah untuk puaskan hati sendiri..

Pengajarannya: Gunakan peluang yang diberi sebaik-baiknya untuk jalan kebaikan

"Ya Allah, andai benar itu yang mereka fikirkan tentang diri ini, tabahkan hatiku menerimanya dengan hati terbuka. Bantulah aku dalam mengislah diri ini."

06 February 2009

~mOtIVaSi pAgI~


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana aku masih diberi peluang untuk bernafas di dunia yang penuh dengan warna-warni kehidupan..Pandang ke belakang dan lihat ke depan..Apa agaknya yang telah dan bakal kita lakukan pada semalam dan esok..

"Jika hari ini lebih baik dari semalam maka beruntunglah kamu.."

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan..
Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati
dan dibuktikan dengan amalan…
Seringkali kita menolak untuk hidup dalam derita dan kedukaan..Malahan ketika semua itu berlaku kita amat mengharapkan akan keajaiban untuk berlaku yang mampu mengeluarkan kita dari zon kegelapan itu..