Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah. Lega! Satu patah kata yang jelas maksudnya. Jumaat tiba. Sabtu dan Ahad diraikan penuh kesyukuran. Waktu untuk merehatkan segala penat lelah setelah seminggu memerah otak dan keringat demi sesuap rezeki. Diari 2011 bakal berlabuh kurang dari 2 bulan sahaja lagi.
Azam.
Mencoret seberapa banyak mungkin kisah dengan berbaki 2 bulan ini yang satu hari bakal menjadi kenangan dan rujukan buat diri yang kian dihimpit usia. Usia yang bertambah semakin mematangkan pemikiran dan meluaskan pemandangan. Bukan sekadar terima bulat-bulat tanpa mengkaji terlebih dahulu.
Raya Haji bakal berkunjung. Para jemaah haji telah bersedia untuk menunaikan rukun Islam ke-5. Lusa merupakan hari wukuf di Arafah. Moga satu hari nanti aku berpeluang menunaikannya tatkala diri masih mempunyai kudrat yang jitu.
Rentak dicari. Tempo diamati. Moga segala ketidaksenangan dan ketidaktenangan berlalu pergi. Mohon dipermudahkan segala urusan Ya Allah. Dan moga segalanya diberkati. InsyaAllah.
Nur: Peliharalah hatimu dengan mengingatiNya...
No comments:
Post a Comment