Bismillahirrahmanirrahim...
Kerapkali hajat ingin meng'update' entry baru terkandas di pertengahan jalan. Manakan tidak usai menaip satu patah perkataan yang akhirnya membentuk satu ayat, sudahnya button 'delete' menjadi sasaran. Dek kerana sentuhan jejari yang semakin hilang tangkasnya.
Dek kerana bait-bait kata yang kehilangan ranumnya, membuatkan akhirnya sepi tanpa bicara. Juga, mungkin kerana kurangnya waktu melewati laman sesawang membuatkan aku terus beralasan. Tidak mengapa jika rentak tarinya sumbang. CUBA! Ya akan meneruskan tarian ini hingga rentaknya kelihatan teguh dan mantap.
Sejak kebelakangan ini terasa benteng kesabaran semakin menipis. Ada ketikanya seakan-akan mahu menghamburkan segala rasa amarah yang kian beraja di hati. Seolah-olah jika segalanya terhambur bakal melegakan hati. Tapi, percaya dan terus percaya bahawa ianya cuma untuk seketika. Kelak bila dikenang hati sendiri juga yang sakit dan kekesalan akan muncul sedikit demi sedikit.
"Kalaulah bersabar...."
Astaghfirullahalzim. Bersorak riang si Syaitan la'natullah melihat diri dikepung amarah. Cepat-cepat ditenangkan hati. Istighfar. Istighfar. Istighfar.
Kesal dengan pilihan yang dibuat? Kesal dengan jalan yang dipilih? Kesal dengan apa yang telah berlalu? Ada ketika kekesalan itu perlu. Namun, harus difahami mengapa kekesalan itu bertapak dalam diri. 11 bulan telah berlalu tanpa aku sedari. Seberapa pantas tanpa memberikan waktu untuk mengimbas kembali akan 11 bulan yang telah pergi. Yang ada cuma kenangan. Hanya kenangan. Terindahkah? Atau ter....?
Entry akan datang akan aku sum-up apa yang telah berlaku sepanjang 11 bulan ini. InsyaAllah. Moga diberikan kesempatan, ruang dan peluang.
Januari
Februari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Nur: Andai masa boleh diputar, kesudahannya bukan begini.
No comments:
Post a Comment